PENGENALAN DAN JUSTIFIKASI PENUBUHAN UNIT.

 

Unit Pengurusan Kualiti Udara dan Bencana terbahagi kepada dua seksyen iaitu seksyen kualiti udara dan seksyen bencana.

 

SEKSYEN KUALITI UDARA

Seksyen kualiti udara adalah satu unit yang menjalankan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan kualiti udara. Unit ini juga menjalankan  Analisis Kualiti Udara seperti khidmat analisis kimia dan khidmat nasihat dalam kerja-kerja pemantauan kualiti udara luaran dan dalaman.

Kualiti udara dalaman (IAQ) adalah persekitaran dalaman atau tertutup yang dilengkapi system pengalihan udara mekanikal dan penyaman udara (MVAC) termasuk unit pendingin udara pisah. Pemantauan udara dalaman ini merupakan satu daripada kewajipan am seperti yang dinyatakan dalam akta bagi majikan dan penghuni bangunan dan pengurusan bangunan untuk menyediakan tempat kerja yang selamat kepada pekerja mereka atau orang lain (selain pekerja mereka).

 

Ia di pertanggungjawabkan  menjalankan aktiviti tersebut bagi kesemua 7 kampus di UiTM Shah Alam dan Selangor.

 

OBJEKTIF SEKSYEN INI;

  1. Membangunkan garis panduan/standard/manual/ parameter yang berkaitan.
  2. Menguruskan spesifikasi peralatan dan bahan habis bagi tujuan perolehan.
  3. Menjalankan audit/ pensampelan
  4. Menjalankan latihan yang berkaitan.

 

FUNGSI DAN AKTIVITI SEKSYEN KUALITI UDARA:

  1. Membangunkan kaedah untuk menangani dan mengawal hazad yang berpotensi mendatangkan risiko kesihatan pekerjaan di tempat kerja.
  2. Mengurus aktiviti hygiene lingkungan kerja berada dalam tahap selamat dan kondusif kepada pekerja.
  3. Mengurus pemeriksaan tempat kerja berdasarkan aduan bertulis dari SOSHCo, pekerja, pelajar dan pelawat.
  4. Mengurus pelaksanaan penentukuran dan penyelenggaraan peralatan hygiene lingkungan kerja.
  5. Memberikan khidmat nasihat berkaitan aspek lingkungan kerja.
  6. Menyelaras aktiviti promosi berkaitan keselamatan.
  7. Mengetuai penyiasat aduan pekerja berkaitan keselamatan Hygiene Lingkungan Kerja dan lain-lain aduan.
  8. Menyelaras pengauditan keselamatan di tempat kerja berdasarkan akta dan peraturan yang dikuatkuasakan.

 

SEKSYEN PENGURUSAN BENCANA

Fungsi seksyen ini adalah menyelaraskan laporan kaji cuaca dengan jabatan/agensi berkaitan mengenai potensi risiko bencana serta mengurangkan impak bencana, merancang serta menyelaras keperluan logistik, menyediakan laporan dan menyelaras program dan kebajikan mangsa bencana.

FUNGSI DAN AKTIVITI SEKSYEN BENCANA:

  1. Memastikan pematuhan perundangan berkaitan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) seperti Akta Perkhidmatan Bomba 1988 dan Majlis Keselamatan Negara Arahan 20.
  2. Merangka dan membangunkan sistem pengurusan tindakan kecemasan bagi memudahkan situasi kecemasan sekiranya ia berlaku.
  3. Merancang latihan berpusat kepada AJK ERT USC khususnya berkaitan kebakaran, kimia, radiologi dan bencana alam.
  4. Merancang program pengungsian bangunan dan latihan kebakaran di semua bangunan UCS setahun sekali.
  5. Menjalankan aktiviti promosi keselamatan kebakaran.
  6. Memastikan setiap ahli mendapat latihan kebakaran.
  7. Penetapan dan penyelarasan jadual latihan kebakaran.
  8. Memberi khidmat nasihat mengenai pelaksanaan latihan kebakaran.
  9. Mengurus komunikasi dengan agensi luaran seperti JBPM, PDRM, KKM
  10. Memaklumkan dan menyediakan maklumat laporan kepada pihak pengurusan UCS mengenai kejadian kecemasan.

3.0 AKTA-AKTA YANG DIGUNAPAKAI

  1. OSHA 1994 (OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH ACT 1994)
  2. USECCH REGULATIONS 2000. PENGGUNAAN BAHAN KIMIA.
  3. MEMASTIKAN PEMATUHAN AKTA KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN 1994 DAN AKTA KILANG & JENTERA 1967.
  4. MELAKSANAKAN PEMATUHAN PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PENGGUNAAN DAN STANDARD PENDEDAHAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA KEPADA KESIHATAN) 2000 DAN PERATURAN-PERATURAN KILANG & JENTERA (PENDEDAHAN BISING) 1989.
  5. ASHRAE STANDARD
  6. TATA AMALAN INDUSTRI KUALITI UDARA DALAMAN 2010-ICOP IAQ 2010

Setiap akta tersebut melibatkan panelti sekiranya tidak dipatuhi, sehingga RM50,000.00 bagi setiap kesalahan, jika sabit kesalahan.

 

4.0 Aktiviti Harian, Mingguan and Tahunan Unit

 

No

Harian

Bulanan

Tahunan

1

Kerja Lapangan

Pemantauan tempat kerja dan cerapan data di tujuh lokasi secara bergilir dilaksanakan.

Pengumpulan data dan penyediaan laporan lapangan.

 

Menyiapkan laporan eksekutif untuk setiap aktiviti sepanjang bulan tersebut.

Bengkel IAQ

 

2

Makmal Mikrobiologi

Membuat Analisa makmal hasil daripada dapatan kerja lapangan.

Membuat hypothesis, merancang eksperimen dan mentafsir data.

Menguruskan spesifikasi peralatan dan bahan habis bagi tujuan perolehan

Menyiapkan laporan eksekutif untuk setiap aktiviti sepanjang bulan tersebut.

Bengkel Good Laboratory Practice

3

Makmal IAQ

Mengemaskini inventori makmal, memastikan penyelenggaraan peralatan dilaksanakan secara berkala.

Menguruskan spesifikasi peralatan dan bahan habis bagi tujuan perolehan

Menyiapkan laporan eksekutif untuk setiap aktiviti sepanjang bulan tersebut.

Bengkel Good Laboratory Practice

4

Pengurusan Bencana

menyelaraskan laporan kaji cuaca dengan jabatan/agensi berkaitan mengenai potensi risiko bencana serta mengurangkan impak bencana, merancang serta menyelaras keperluan logistik, menyediakan laporan dan menyelaras program

Membuat garis panduan atau manual prosedur kerja berkenaan pengurusan bencana.

Mengadakan lawatan penanda arasan ke IPTA, IPTS dan agensi kerajaan dan swasta.