PUSAT KESELAMATAN, KESEJAHTERAAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (COHSaW) UiTM CAWANGAN SELANGOR.

 

PENGENALAN SEKSYEN PENGURUSAN TAPAK BINA

 

Tapak bina merupakan kawasan pembinaan yang terdedah kepada pelbagai bahaya dan risiko kepada pekerja dan alam sekitar. Ia merupakan aktiviti pembinaan yang meliputi premis dan bangunan pejabat, perniagaan, kediaman (Kondominium, Apartment, rumah teres, bunglow dan lain-lain), institut pengajian tinggi, mercu-mercu tanda, jambatan, jalan raya dan lain-lain lagi. Kawasan tapak bina ini merupakan kawasan yang berisiko tinggi dan boleh memberi impak ke atas  keselamatan dan kesihatan pekerjaan.  

Bahaya atau risiko yang sering berlaku di tapak bina adalah seperti jatuh di tempat yang tinggi, kemalangan semasa bekerja di waktu malam, terkambus, terperangkap dalam ‘confined space’, terhempap jentera berat dan lain lain lagi. Bahaya-bahaya fizikal seperti terdedah kepada habuk, bunyi bising, getaran dan lain-lain  merupakan kes kes yang sering dilaporkan di Pusat Kesihatan. 

Bahaya bakteriologikal seperti kes-kes Deman Denggi juga sering dilaporkan berlaku di tapak bina kerana terdapat banyak tempat-tempak pembiakkan jentik-jentik nyamuk Aedes yang tidak dikawal. Ini menyebabkan banyak kawasan tapak bina di istiharkan sebagai kawasan ‘hot spot’ tempat pembiakkan nyamuk Aedes dan tapak bina selalu dikenakan kompaun atas kesalahan tersebut. 

Urungan lalat di tempat pembuangan sampah yang tidak terkawal, pengudaraan kediaman yang tidak sempurna juga sering dilaporkan  dan ini menyebabkan berlaku kes kes penyakit bawaan makanan dan penyakit TB. 

Oleh kerana terdapat banyak risiko dan bahaya di tapak bina, adalah menjadi tanggunjawab COSHaW untuk mengwujudkan Seksyen Pengurusan Tapak Bina di UCS yang berperanan bagi memastikan aspek keselamatan pekerjaan di tapak bina adalah memenuhi kehendak akta, peraturan dan garispanduan dalam menjamin keselamatan. kesihatan dan kesejahteraan pekerja terpelihara.

 

CARTA ORGANISASI

 

    

 

2. FUNGSI DAN BIDANG TUGAS

 

    2.1     KESELAMATAN PEKERJAAN 

    2.2     Merekod, menyiasat, dan menyelesaikan kes kemalangan yang berlaku di dalam kampus. 

    2.3     Menyelenggarakan masalah-masalah yang melibatkan keselamatan di tapak bina. 

    2.4     Melakukan walk through survey dan risk assessment di kawasan-kawasan yang berisiko tiggi di kampus. 

    2.5     Membuat/ menguruskan ‘chemical health risk assessment’ bagi kawasan yang melibatkan penggunaan bahan kimia. 

    2.6     Menyelenggarakan masalah ‘Indoor Air Quality’ di kampus. 

    2.7     Membuat laporan berkaitan di atas di dalam mesyuarat Sub- Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. 

    2.8     Bekerjasama dengan bahagian-bahagian lain seperti yang diputuskan semasa mesyuarat. 

 

3. KETUA SEKSYEN PENGURUSAN TAPAK BINA

 

    3.1     Memastikan prinsip-prinsip Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan   Pekerjaan di Industri Pembinaan (Pengurusan) (OSHCIM)

             dipatuhi melalui kerjasama dengan client dan kontraktor.

    3.2    Mengurus taklimat keselamatan tapak bina semasa mesyuarat serah tapak projek dan kontrak perkhidmatan.

    3.3    Menjalankan siasatan kes-kes kemalangan yang dilaporkan.

    3.4    Menjalankan siasatan aduan-aduan yang diterima.

    3.5    Mengetuai penyiasat aduan pekerja berkaitan keselamatan tapak bina dan lain-lain aduan.

    3.6    Menjalankan pemeriksaan (HIRAC) pada setiap bulan.

    3.7    Menjalankan kajian semula kecekapan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tapak bina.

    3.8    Menyelaras program latihan berkaitan keselamatan tapak bina kepada staf UCS.

    3.9    Menyelaras pemantauan aspek keselamatan & kesihatan pekerjaan di tapak bina.

    3.10  Menyelaras aktiviti promosi berkaitan keselamatan.

    3.11  Menyelaras pengauditan keselamatan di tempat kerja berdasarkan akta dan peraturan yang dikuatkuasakan.

 

4. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN

 

    4.1     Menjalankan taklimat keselamatan tapak bina semasa mesyuarat serah tapak projek dan kontrak perkhidmatan. 

    4.2     Membantu menjalankan kajian semula kecekapan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tapak bina. 

    4.3     Melaksanakan latihan berkaitan keselamatan tapak bina kepada staf UCS. 

    4.4     Membantu menjalankan pemantauan aspek keselamatan & kesihatan pekerjaan di tapak bina. 

    4.5     Melaksanakan aktiviti promosi berkaitan keselamatan. 

    4.6     Membantu melaksanakan pengauditan keselamatan di tempat kerja berdasarkan akta dan peraturan yang dikuatkuasakan.Menjadi urusetia kepada Seksyen Pengurusan Tapak Bina. 

    4.7     Membantu jawatankuasa menjalankan kajian semula kecekapan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tapak bina. 

    4.8     Membantu jawatankuasa menjalankan audit dan pemeriksaan berkala. 

    4.9     Mengumpul, merekodkan dan melaporkan keputusan audit, pemeriksaan dan pemantauan. 

    4.10    Membantu jawatankuasa mengkaji semula dasar keselamatan dan kesihatan. 

    4.11     Membantu jawatankuasa mencadangkan mitigasi hazad di tempat kerja. 

    4.12     Membantu, merujuk peranan dan fungsi seksyen mengikut akta, peraturan, garis panduan yang berkaitan dengan pembangunan pembinaan di tapak bina.

 

5.PENGENALAN SEKSYEN PENGURUSAN SISA BUANGAN TERJADUAL

 

Sisa buangan merupakan bahan kimia merbahaya yang apabila terdedah, terhidu, terkena pada kulit dan anggota badan, termakan  akan mengakibatkan pelbagai bahaya dan risiko kepada pekerja dan alam sekitar. Bahan buangan merbahaya ini merupakan sisa buangan dari kebanyakkan aktiviti makmal kimia bagi pelajar akademik dan staff yang menjalani  sesi makmal dan juga kajiselidik. Pelbagai jenis bahan kimia  di gunakan dan sebanyak 150 buah makmal yang terdapat di UCS menggunakan bahan kimia merbahaya ini. 

Bahaya atau risiko kesihatan dan keselamatan pekerjaan yang sering berlaku di atas pekerja adalah gejala akut seperti penyakit keracunan pekerjaan, kecederaan (kulit, mata, alergi dan lain lain). Manakala gejala kronik boleh menyebabkan penyakit kanser paru-paru, kerosakkan DNA, keguguran kandungan, bayi cacat dan lain-lain). 

Terdapat banyak kes kemalangan, kecederaan dan penyakit yang dilaporkan dari Pusat Kesihatan dan Klinik Swasta. Faktok utama terjadinya kes-kes ini adalah daripada manusia, pekerjaan pekerja itu sendiri, faktor persekitaran dan kerja tidak mengikut prosidur yang betul. 

Oleh kerana terdapat banyak risiko dan bahaya dlam aktiviti pengurusan sisa buangan merbahaya, adalah menjadi tanggunjawab COSHaW untuk mengwujudkan Seksyen Pengurusan Sisa Buangan Terjadua di UCS yang berperanan bagi memastikan aspek keselamatan pekerjaan di makmal dan tempat pengumpulan, penyimpanan dan pembuangan adalah memenuhi kehendak Akta, Peraturan dan Garispanduan dalam menjamin keselamatan. kesihatan dan kesejahteraan pekerja terpelihara.

 

        5.1     KESELAMATAN PEKERJAAN

 

          5.1.1     Merekod, menyiasat, dan menyelesaikan kes kemalangan yang berlaku di dalam kampus. 

          5.1.2     Menyelenggarakan masalah-masalah yang melibatkan keselamatan di tapak bina. 

          5.1.3     Melakukan walk through survey dan risk assessment di makmal-makmal yang berisiko tiggi di kampus. 

          5.1.4     Membuat/ menguruskan ‘chemical health risk assessment’ bagi kawasan yang melibatkan penggunaan bahan kimia. 

          5.1.5     Menyelaras ‘Indoor Air Quality’ di makmal-makmal. 

          5.1.6     Membuat laporan berkaitan di atas di dalam mesyuarat Sub-Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan COSHaW / 

          5.1.7     Bekerjasama dengan fakulti-fakulti  lain (Shah Alam) seperti yang diarahkan dari masa kesemasa.

 

6.     KETUA SEKSYEN PENGURUSAN TAPAK BINA

 

    6.1     Memastikan prinsip-prinsip dan garis panduan keselamatan dan kesihatan   pengurusan sisa buangan terjadual di makmal  dipatuhi melalui kerjasama dengan client dan kontraktor.

    6.2     Menjalankan siasatan kes-kes kemalangan yang dilaporkan.

    6.3     Menjalankan siasatan aduan-aduan yang diterima.

    6.4     Mengetuai penyiasat aduan pekerja berkaitan keselamatan tapak bina dan lain-lain aduan.

    6.5     Menjalankan pemantauan dan pemeriksaan (HIRAC) pada setiap bulan.

    6.6     Menjalankan kajian semula kecekapan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di makmal dan tempat pengumpulan dan penyimpanan.

    6.7     Menyelaras program latihan berkaitan keselamatan pengurusan sisa buangan terjadual kepada staf makmal seluruh UCS dan Shah Alam.

    6.8     Menyelaras aktiviti promosi berkaitan keselamatan dan keselamatan pekerjaan.

    6.9     Menyelaras pengauditan keselamatan di tempat kerja berdasarkan akta dan peraturan yang dikuatkuasakan.

 

 

7.     STAFF PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN

 

    7.1     Membantu memberi taklimat keselamatan di kalangan staff makmal di makmal dan di tempat penggumpulan dan penyimpanan sisa buangan terjadual. 

    7.2     Membantu menjalankan kajian semula kecekapan pengurusan sisa buangan terjadual serta keselamatan dan kesihatan pekerjaan. 

    7.3     Melaksanakan latihan berkaitan keselamatan pengurusan sis buangan nterjadual kepada staf UCS / Shah Alam. 

    7.4     Membantu menjalankan pemantauan aspek keselamatan & kesihatan pekerjaan di makmal, premis penggumpulan dan penyimpanan. 

    7.5     Melaksanakan aktiviti promosi berkaitan keselamatan. 

    7.6     Membantu melaksanakan pengauditan keselamatan di tempat kerja berdasarkan akta dan peraturan yang dikuatkuasakan. Menjadi urusetia kepada Seksyen Pengurusan

              Sisa Buangan Terjadual. 

    7.7     Membantu menjalankan kajian semula kecekapan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan di kampus-kampus. 

    7.8     Membantu jawatankuasa menjalankan audit dan pemeriksaan berkala. 

    7.9     Mengumpul, merekodkan dan melaporkan keputusan audit, pemeriksaan dan pemantauan. 

    7.10    Membantu jawatankuasa mengkaji semula dasar keselamatan dan kesihatan. 

    7.11    Membantu jawatankuasa mencadangkan mitigasi hazad di tempat kerja. 

    7.12    Membantu, merujuk peranan dan fungsi seksyen mengikut akta, peraturan, garis panduan yang berkaitan dengan pembangunan pembinaan di tapak bina.

 

8.     STAF PENTADBIRAN

 

    8.1     Menyelaras dan sekretariat kepada sektor keselamatan, kesihatan pekerjaan dan kesejahteraan. 

    8.2     Membantu pengurusan pentadbiran dan kewangan. 

    8.3     Menyimpan rekod-rekod berkaitan keselamatan, kesihatan dan persekitaran. 

    8.4     Membantu dalam latihan, mempromosi dan keberkesanan program keselamatan kesihatan pekerjaan dan persekitaran.