UNIT HAZAD KEBISINGAN DAN PSIKOSOSIAL

PUSAT KESELAMATAN, KESEJAHTERAAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (COHSaW) UiTM CAWANGAN SELANGOR.

 

Pengenalan dan Justifikasi Penubuhan Unit Hazad Sinaran Dan Kebisingan

Unit ini ditubuhkan di bawah Pusat Keselamatan, Kesejahteraan dan Kesihatan Pekerjaan (COHSaW) UiTM Cawangan Selangor. Ia terdiri dari 3 seksyen iaitu hazad sinaran, hazad kebisingan dan psikososial.   Unit ini ditubuhkan untuk memantau dan mengenalpasti pekerja terhadap dedahan bunyi dan dos sinaran yang berlebihan. Selain daripada itu, unit ini berfungsi untuk menyaring “screening” tahap hazad kebisingan yang mempengaruhi kesihatan mental atau faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kemerosotan  kesihatan mental di kalangan staf UiTM, UCS

 

Objektif Unit

  1. Membangunakan garis panduan, standard/manual/parameter yang berkaitan
  2. Mengurus speksifikasi peralatan dan bahan pakai habis bagi tujuan perolehan
  3. Menjalankan audit/persampelan
  4. Menjalankan latihan/seminar/aktiviti yang berkaitan

 

Fungsi dan Aktiviti Unit

Skop Hazad Kebisingan

  1. Memberikan maklumat untuk mengenalpasti hazad kebisingan dan hazad sinaran di kalangan staf UiTM UCS
  2.  Memberikan pendidikan dan kesedaran mengenai bahaya pendedahan bunyi dan pendedahan sinaran yang tinggi dikalangan staf UiTM UCS untuk
  3. Membangunkan kaedah untuk menangani dan mengawal hazad yang berpotensi akan menagkibatkan kejadian kemalangan dan kecederaan di tempat kerja.
  4. Memberikan khidmat nasihat yang berkaitan dengan aspek keselamatan di tempat kerja
  5. Menyelaras aktiviti /program yang berkaitan dengan keselamatan
  6. Menyelaras pengauditan keselamatan di tempat kerja berdasarkan akta dan peraturan yang dikuatkuasakan.

 

Skop Hazad Psikososial

  1. Mempromosikan tahap perkembangan kesihatan mental dan fizikal  dikalangan staf UiTM UCS
  2. Memberikan pendidikan dan kesedaran mengenai kesihatan mental dan fizikal dikalangan staf UiTM UCS untuk mengurangkan atau mengelakkan kejadian kemalangan, kecederaan disebabkan hazad fizikal serta kerencatan/kejadian psikososial di kalangan staf UiTM UCS
  3. Menggalakan saringan kesihatan mental dan fizikal bagi mengenalpasti tahap kecacatan pendengaran, stres, keresahan dan kemurungan di kalangan staf UiTM UCS
  4. Memperkasakan staf UiTM UCS untuk menangani masalah psikososial dan cabaran kehidupan sehari-hari dengan berkesan
  5. Memantau dan membantu kes staf UiTM yang menghadapi masalah kecacatan pendengaran dan psikososial

 

3.0      Undang-undang yang di gunapakai 

3.1      Hazad Kebisingan 

  1. Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967, Factories & Machinery (Noise Exposure) Regulations, 1989
  2. Akta A1268 Akta Kilang Dan Jentera (Pindaan) 2006
  3. Act 139 Akta Kilang dan Jentera 1967 (Pindaan - 1974) Incorporating Latest Amendment – Akta A1268 pada tahun 2006
  4. Seksyen 66, Akta 514 Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (pendedahan bising ) 2019

3.2      Psikososial

  1. Akta Kesihatan Mental 2001 (Akta 615)

 

4.0 Aktiviti Harian, Mingguan and Tahunan Unit

No

Harian

Bulanan

Tahunan

1

Kerja Lapangan

 

Mengambil bacaan paras pendedahan bunyi harian di makmal dan pejabat UiTM UCS ( 6 cawangan) yang berpotensi mengalami hazad bunyi.

Memantau tahap kebisingan di makmal atau pejabat yang telah dikesan mengalami hazad bunyi.

Menyediakan laporan sepanjang bulan tersebut.

 

Seminar kesedaran hazad kebisingan dan risikonya terhadap psikososial di kalangan staf UiTM UCS. mengikut keperluan)

2

Menerima aduan terhadap kes psikososial (stress, kemurungan, burnout dll) secara berterusan (jika ada) di UiTM UCS ( 6 cawangan)  

Pemantauan perkembangan terhadap kes yang diadukan kepada Unit dan aktiviti pemulihan dijalankan .

 

Menyediakan laporan sepanjang bulan tersebut.

 

a)    Seminar kesedaran terhadap kesihatan dan kecelaruan mental di kalangan staf UiTM UCS (mengikut keperluan)

b)    Menjalankan saringan kesihatan mental kepada staf UiTM UCS (mengikut keperluan).   

3

Memantau paras bacaan dos pekerja sinaran, bacaan sinaran persekitaran di tahap yang ditetapkan.

Memantau tahap kesihatan semua staf sinaran mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Menyediakan laporan sepanjang bulan tersebut.

 

Seminar kesedaran sinaran

 

 

5.0       Struktur organisasai unit dan staf

 

 

  1. Fungsi dan bidang tugas

          4.1 Ketua Unit Hazad Kebisingan dan Psikososial 

4.1.0   Menyelaraskan dan membangunkan kaedah untuk menangani dan mengawal hazard kebisingan, sinaran dan psikososial yang berpotensi mendatangkan risiko kesihatan pekerjaan di tempat kerja.

                4.1.1     Merancang dan membuat garis panduan kampus mengenai hazad kebisingan, sinaran dan tekanan (stress) serta gangguan melibatkan elemen psikososial di tempat kerja

                4.1.2     Menyelaraskan khidmat nasihat berkaitan hazad kebisingan, sinaran dan psikososial di tempat kerja

                4.1.3     Merancang  dan menjalankan program/ promosi bagi mengalakkan pengamalan aspek kesihatan pekerjaan di tempat kerja

                4.1.4     Memastikan pematuhan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Kilang & Jentera 1967,

                            Peraturan-Peraturan Kilang & Jentera (Pendedahan Bising) 1989 dipatuhi di tempat kerja.  

                4.1.5     Menyelaraskan kaedah untuk menangani dan mengawal hazad kebisingan, sinaran serta punca-punca yang berpotensi mendatangkan risiko kesihatan

                            pekerjaan di tempat kerja

                4.1.6     Menyelaraskan khidmat nasihat yang berkaitan dengan hazad kebisingan dan psikososial

                4.1.7     Menyelaraskan pelaksanaan pemeriksaan tempat kerja berdasarkan aduan bertulis dari SOSHCo, pekerja, pelajar dan pelawat

                4.1.8     Menyelaraskan pengauditan hazad kebisingan, sinaran dan psikososial di tempat kerja berdasarkan akta dan peraturan yang dikuatkuasakan

 

         4.2 Pegawai Psikologi S41 

                4.2.1 Melaksanakan aktiviti program hazad kebisingan, sinaran dan psikososial di tempat kerja

                4.2.2   Memantau dan menilai hazard dan keadaan yang tidak selamat di tempat kerja/makmal secara berkala mengikut SOP yang di tetapkan

                4.2.3   Melaksanakan garis panduan pengurusan hazad kebisingan dan tekanan (stress) serta gangguan melibatkan elemen psikososial di tempat kerja

                4.2.4   Menjalankan khidmat nasihat dan membangunkan peraturan serta garis panduan berkaitan hazad kebisingan dan psikososial di tempat kerja

                4.2.5   Melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan persekitaran di tempat kerja untuk mengenalpasti hazad dan barang berbahaya yang berpotensi

                4.2.6  Membantu memastikan pematuhan Akta Kesihatan Mental 2001 (Akta 615)  Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Kilang & Jentera 1967,

                         Peraturan-Peraturan Kilang & Jentera (Pendedahan Bising) 1989 dipatuhi di tempat kerja

                4.2.7   Membantu ketua unit di dalam lawatan tapak bagi kes-kes aduan psikososial

                4.2.4   Menjalankan kaedah untuk menangani dan mengawal hazad kebisingan serta    punca-punca yang berpotensi mendatangkan risiko kesihatan pekerjaan di tempat kerja

                4.2.5    Memastikan semua aktiviti pekerja berada dalam tahap selamat dan kondusif

                4.2.6   Menjalankan siasatan terhadap aduan pekerja berkaitan hazad kebisingan dan    psikososial

                4.2.7    Merekod segala kes  berkaitan Unit Hazad Kebisingan dan Psikososial

                4.2.8  Menjalankan penilaian (memungut dan menganalisa data) bagi menghasilkan statistic mengenai apa-apa kemalangan/kejadian yang merbahaya melibatkan hazad

                         kebisingan, sinaran dan psikososial.

                4.2.9    Menjalankan pengauditan berkaitan hazad kebisingan, sinaran dan psikososial mengikut garis panduan yang telah ditetapkan

                4.2.10  Melaksanakan program latihan dan aktiviti promosi berkaitan hazad kebisingan, sinaran   dan psikososial

                4.2.11  Menganalisa  data serta keberkesanan program kesihatan pekerjaan dan      persekitaran

                4.2.12  Menyediakan laporan unit terhadap semua aduan hazad kebisingan, sinaran dan psikososial kepada pengurusan tertinggi secara berkala.

 

         4.3    Penolong Pegawai Sains C29 

                4.3.1    Membantu unit melaksanakan garis panduan pengurusan hazad kebisingan di tempat kerja

                4.3.2    Membantu unit menjalankan khidmat nasihat dan membangunkan peraturan serta garis panduan berkaitan hazad kebisingan di tempat kerja

                4.3.3    Membantu unit bagi memastikan pematuhan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Kilang & Jentera 1967,

                           Peraturan-Peraturan Kilang & Jentera (Pendedahan Bising) 1989 dipatuhi di tempat kerja

                4.3.4    Membantu unit menjalankan kaedah untuk menangani dan mengawal hazad kebisingan serta punca-punca yang berpotensi mendatangkan

                           risiko kesihatan pekerjaan di tempat kerja

                4.3.5    Membantu unit dalam penyiasatan terhadap aduan pekerja berkaitan hazad kebisingan

                4.3.6    Membantu melaksanakan program latihan dan aktiviti promosi berkaitan hazad kebisingan  

                4.3.7    Membantu hal-hal pentadbiran dan kewangan (EPP, tuntutan bayaran) unit hazad kebisingan dan psikososial

                4.3.8    Bertanggung jawab mengendalikan peralatan berkaitan Ujian Kebisingan berjumlah RM 300,000 ke bawah.

                4.3.9    Memastikan keperluan asas / bahan pakai habis dalam makmal

                4.3.10 Melaksanakan kerja –kerja yang melibatkan penyelidikan dan ujian kebisingan (sebelum, semasa dan selepas).

                4.3.11  Untuk memastikan bahan mentah yang masuk memenuhi standard kawalan kualiti dengan menjalankan ujian kimia dan prosedur yang sah

                4.3.12  Mengemaskini semua dokumen makmal yang melibatkan penyelidikan dan ujian

                4.3.13  Mengemaskini inventori bahan kimia/ pakai habis bagi keperluan operasi makmal yang berkaitan

                4.3.14 Memastikan penyimpanan bahan kimia dan pakai habis mematuhi tatacara penyimpanan.

                4.3.15 Memberi bimbingan teknikal tentang penggunaan peralatan kepada pengguna  makmal yang lain.

                4.3.16  Memastikan persekitaran makmal seliaan dalam keadaan yang selamat.

                4.3.17  Memastikan alat bantuan kecemasan bagi makmal seliaan dalam keadaan baik.

                4.3.18 Bertanggung jawab melaksanakan pelan tindakan kecemasan untuk makmal seliaan.

                4.3.19  Memastikan orang luar mengisi borang akujanji keselamatan makmal sebelum memulakan aktiviti makmal.

                4.3.20  Mematuhi serta memastikan pengguna makmal mengikut peraturan keselamatan makmal yang telah ditetapkan. 

                4.3.21 Memastikan kemudahan alat perlindungan diri (PPE) disediakan dengan secukupnya kepada pengguna makmal yang berkaitan.

                4.3.22  Menyediakan senarai dan mengasingkan sisa bahan kimia/ biohazard mengikut kategori.

                4.3.23  elaksanakan proses pembuangan sisa buangan terjadual dibuat mengikut prosedur yang betul.

                4.3.24  Menguruskan sistem peminjaman alatan dan radas makmal seliaan oleh pengguna

                4.3.25   Menyediakan buku log penggunaan makmal / alat kelengkapan makmal kepada pengguna makmal seliaan.

                4.3.26 Memastikan penggunaan dan penyelenggaraan peralatan makmal berkaitan dilaksanakan secara betul, selamat dan mematuhi prosedur.

                4.3.27   Melengkapkan senarai Aset Alih pada lokasi tanggungjawab

                4.3.28  Menyediakan dokumen perolehan bahan makmal / peralatan bagi Pembelian Terus)

                4.3.29   Memastikan kebersihan ruang dan kemudahan fasiliti stor berfungsi

                4.3.30   Mengemaskini rekod inventori telah di kemaskini

                4.3.31   Mengklasifikasikan Bahan Pakai Habis & Radas

 

         4.4       Juru X-ray U29

                4.4.1     Memastikan pematuhan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984

                4.4.2     Memeriksa pembaharuan/ pindaan lesen LPTA bahan radioaktif dan radas penyinaran bagi tujuan pengajaran dan penyelidikan di aktifkan oleh PTJ

                4.4.3     Menjalankan pemonitoran dos personel dan kawasan

                4.4.4     Memastikan penentukuran alat meter tinjau sinaran dijalankan di Agensi Nuklear Malaysia

                4.4.5     Mengatur pengawasan pemeriksaan perubatan pekerja sinaran (pra pekerjaan, berkala, tamat perkhidmatan)

                4.4.6     Mengurus latihan bagi pekerja sinaran dan pelajar

                4.4.7     Mengurus ujian kebocoran pada sumber terkedap

                4.4.8     Mengurus pelupusan sisa radioaktif

                4.4.9     Menjalankan pemonitoran dos personel dan kawasan

                4.4.10    Memastikan penentukuran alat meter tinjau sinaran dijalankan di Agensi Nuklear Malaysia

                4.4.11    Mengatur pengawasan pemeriksaan perubatan pekerja sinaran (pra pekerjaan, berkala, tamat perkhidmatan)

                4.4.12    Menyediakan latihan bagi pekerja sinaran dan pelajar

                4.4.13    Menguruskan ujian kebocoran pada sumber terkedap

                4.4.14    Mengurus dan menyelia pelupusan sisa radioaktif

 

5. Unjuran staff 2020.

Bil.

Jawatan

Gred

Kekosongan

1

Pegawai Psikologi

S41

1

2

Penolong Pegawai Sains

C29

1

4

Juru X-ray U29

U29

1

 

6. Peruntukan kewangan 2020

Bil.

Aktiviti

Bilangan

Peruntukan (RM)

1

Latihan kompetensi (Monitoring Of Noise Exposure  Noise )

Pengangkutan & Penginapan (Untuk Training Yang Melebihi Sehari) :

 

8 orang X RM3000

8 orang x RM1000

24,000.00

8000.00

 

2

Tuntutan  Perjalanan / Harian – Lawatan  Siasatan Sinaran/Noise/Psikososial

6 kampus + Shah Alam

15,000.00

4

Program “Sinaran Dan Noise  Awareness Programme/Kecelaruan Mental Di Tempat Kerja ”

2 Kali Setahun

 

10,000.00

5

Peralatan penilaian

·         Noise Dosimeter (Edge 5 Noise Dosimeter)

·         Lux Meter ( Sper Scientific 8420c)

·         Hearing Protector (3m Peltor Tactical 300 Electronic Hearing Protector, Ear Protection, Nrr 24 Db)

·         Digital Servey meter

·         Film bagde ( utk 3 orang dan 12 bulan)

 

      RM 10,000 X 4

         RM 1,500 X 2

         RM 1,000 X 8

 

RM6000 x 3

RM 1000

 

40,000.00

  3,000.00

  8,000.00

 

18,000.00

1000.00

6

 Perlindungan Sinaran (Semua Pekerja Sinaran Ucs)

3 Tahun Sekali

Bergantung Kepada Keperluan Pekerja Sinaran

Yuran :   20 Org X Rm 2000

Pengangkutan & Penginapan (Untuk Training Yang Melebihi Sehari) : Rm 20,000.00

 Elaun Uitm

20,000.00

7

Gaji

·         Pegawai Psikologi (S41)

·         Penolong Pegawai Sains (U29)

·         Juru X-ray (U29)

 

RM 2,778.00

RM 2,115.00

RM 2,407.00

 

Total = RM 7,300 x 12 = RM 87,600

(termasuk elaun tetap perumahan, elaun khidmat awam dan bantuan sara hidup)

 

RM 87, 600.00

Total

 

JUMLAH:

219,000.00