UNIT HYGIENE MAKANAN

 

1.0       Pengenalan dan Justifikasi penubuhan 

Unit hygiene makanan merupakan salah satu unit dibawah Pusat Keselamatan Kesihatan Pekerjaan dan Kesejahteraan (COSHaW) UiTM yang bertanggungjawab memastikan keselamatan makanan dan mempertingkatkan integriti universiti dalam aspek keselamatan dan kualiti makanan melalui tanggungjawab dan akauntabiliti bersama kearah pematuhan kepada AKTA MAKANAN 1983 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit berjangkit 1988. Unit ini bernaung di bawah Rektor UiTM Kampus Selangor dan diketuai oleh Ketua Sektor Kesihatan Pekerjaan & Persekitaran. 

Unit hygiene makanan telah ditubuhkan bagi memantapkan aktiviti dengan merancang, melaksana, memantau dan menilai sebarang program berkaitan Keselamatan dan Kualiti Makanan, memantau semua aspek yang menjurus kepada keselamatan dan kualiti makanan  bagi melindungi warga universiti terhadap sebarang bahaya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyimpanan, penyediaan sehingga penjualan makanan. Aktiviti ini akan dijayakan melalui gerakan staf yang terdiri daripada Pegawai Kesihatan Persekitaran dengan kerjasama unit yang bertanggungjawab di UiTM.   

UiTM Kampus Selangor memiliki lebih daripada 100 buah premis makanan bagi menampung keperluan lebih daripada 5000 orang pelajar. Pengendalian makanan yang betul berasaskan Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985 adalah amat penting bagi memastikan makanan yang disediakan dan diambil oleh pelajar adalah tidak memudaratkan. Pemantauan yang berterusan perlu dilakukan oleh staf yang kompeten bagi memastikan hasil pemantauan dapat digunakan bagi melindungi warga universiti dari sebarang masalah kesihatan berkaitan makanan. 

 

2.0       Fungsi Dan Aktiviti Unit 

Unit hygiene makanan diubuhkan dengan hasrat membantu universiti kearah pematuhan kepada Akta, peraturan dan standard, pembasmian kejadian keracunan makanan serta kemalangan berkaitan makanan. Unit hygiene secara tidak langsung bertindak melindungi warga universiti terhadap bahaya berkaitan makanan dan minuman serta perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya. 

 

2.1 Melaksanakan pemeriksaan pematuhan makanan di premis makanan 

Menjalankan pemeriksaan premis-premis makanan yang beroperasi di dalam UiTM Cawangan Selangor dan Shah Alam seperti kafeteria, restoran-restoran, gerai-gerai makanan, food truck dan lain-lain lagi yang mana premis-premis yang terlibat dengan penyediaan dan penjualan makanan.Melaksanakan siasatan dan aktiviti-aktiviti surveilan kes penyakit bawaan makanan dan analisis risiko keselamatan makanan berdasarkan codex dan standard, dasar keselamatan makanan, dan memastikan keselamatan makanan di premis makanan di UiTM Kampus Selangor dan Shah Alam. 

 

2.2 Penganalisaan sampel makanan dan minuman 

Unit Hygiene Makanan dengan kerjasama Fakulti Sains Kesihatan akan menjalankan analisa makmal bagi sampel makanan dan minuman yang diniagakan serta dibawa masuk ke UiTM Kampus Selangor dan Puncak Alam seperti yang di peruntukan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan- Peraturan Makanan 1985. Persampelan akan dijalankan secara rawak sekurang – kurangnya sekali bagi setiap semester dan akan dilakukan dengan segera sekiranya terdapat sebarang aduan. Kajian di makmal kesihatan awam turut akan dilakukan bergantung kepada keperluan.

 

2.3 Kempen dan Promosi bagi meningkatkan kesedaran tentang hak dan kepentingan untuk mendapatkan makanan yang selamat 

Unit Hygiene Makanan akan menjalankan pelbagai aktiviti bagi memberi kesedaran tentang peripenting serta hak untuk mendapatkan makanan yang selamat dan mempromosikan pengendalian dan penyediaan makanan bersih, selamat dan berkualiti melalui aktiviti seperti: 

2.2.1     Kempen Pematuhan Perundangan Kebersihan dan Keselamatan Makanan

2.2.2     Bulan Makanan bersih dan Selamat Hak Kita

2.2.3     Katering Sihat

2.2.4     Promosi Dapur Sihat Masyarakat

 

3.0       Akta – Akta Yang Digunapakai 

Segala aktiviti yang dijalankan oleh Unit hygiene makanan adalah tertakluk kepada keperluan perundangan yang berikut: 

  1. Akta Makanan 1983
  2. Peraturan – Peraturan Makanan 1985
  3. Peraturan – Peraturan Kebersihan Makanan 2009
  4. Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
  5. Peraturan – Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004  

 

4.0 Jadual Operasi

HARIAN

MINGGUAN

BULANAN

TAHUNAN

 i.    Update maklumat aduan yang telah disalurkan melalui aplikasi yang akan dibangunkan

ii.   Melaksanakan siasatan dan surveilan kes penyakit bawaan makanan di dalam kampus sekiranya terdapat “active case detected”

 

  i.      Melaksanakan pemeriksaan premis, peralatan dan proses penyediaan makanan dan kesihatan pengendali makanan berdasarkan akta dan peraturan yang dikuatkuasakan mengikut kampus/zon (mengikut penjadualan).

 ii.      Melaksanakan pengauditan Kesihatan Pekerjaan dan Persekitaran

iii.      Pelaporan mingguan

 

     i.      Analisis data (aduan melalui app dan hasil pemantauan)

    ii.      Pesampelan makanan secara rawak dan dihantar untuk analisa

   iii.      Menyediakan laporan insiden dan prevalen kes bawaan makanan serta hasil pemeriksaan pemeriksaan premis, peralatan dan proses penyediaan makanan dan kesihatan pengendali makanan

 

    i.       Melaksanakan aktiviti promosi berkaitan Hygiene Makanan

   ii.       Minggu/kempen kesedaran Kebersihan Makanan

  iii.       Penganugerahan premis terbersih

  iv.       Melaksankan program latihan berkaitan Hygiene Makanan

   v.       Kursus Asas Pengendalian Makanan kepada Pengendali Makanan

  vi.       Kursus AJK Pemantauan Premis Makanan

 vii.       Mesyuarat 3 bulan sekali bagi membincangkan isu-isu berbangkit

 


5.0       Struktur Organisasi

 

                                                                                 

 

6.0       Fungsi dan bidang tugas 

6.1       Koordinator Unit Hygiene Makanan 

  1. Memastikan pematuhan Akta Makanan 1983, Peraturan – Peraturan Makanan 1985, Peraturan – Peraturan Kebersihan Makanan 2009, Peraturan – Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
  2. Mengurus pengawalan kualiti makanan.
  3. Mengurus pemeriksaan premis, peralatan dan proses penyediaan makanan dan kesihatan pengendali makanan.
  4. Mengurus siasatan dan surveilan kes penyakit bawaan makanan di dalam kampus.
  5. Bekerjasama dengan Pusat Kesihatan UCS, Hospital, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) sekiranya berlaku kes keracunan makanan.
  6. Menyediakan laporan insiden dan prevelan kes bawaan makanan.
  7. Menyelaras program latihan berkaitan higiene makanan.
  8. Menyelaras aktiviti promosi berkaitan higiene makanan.
  9. Mengetuai siasatan aduan pelanggan berkaitan higiene makanan dan lain – lain aduan.
  10. Menyelaras pengauditan Kesihatan Pekerjaan dan Persekitaran berdasarkan akta dan peraturan yang dikuatkuasakan.
  11. Mengesahkan dan memperakui keputusan dan laporan analisis makanan bagi tujuan penguatkuasaan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
  12. Menyemak laporan mingguan, bulanan, suku tahun, setengah tahun, tahunan dan juga laporan-laporan yang berkaitan.

 

6.2       Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (U32) 

  1. Menjalankan tugas-tugas kawalan keselamatan dan kualiti makanan ke atas premis makanan di kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Selangor dan Shah Alam.
  2. Melaksanakan pemeriksaan pematuhan makanan serta analisis makanan berdasarkan Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya keatas premis, peralatan dan proses penyediaan maknanan dan kesihatan pengendali makanan.
  3. Menjalankan kerja-kerja rutin berkaitan dengan Program Keselamatan dan Kualiti Makanan berdasarkan kepada keupayaan memahami dan memproses aspek-aspek teknikal berkaitan keselamatan makanan.
  4. Pemantauan dari aspek-aspek teknikal, kebersihan dan sanitasi, memastikan keselamatan makanan di premis makanan makanan di UiTM Kampus Selangor dan Shah Alam.
  5. Mengambil sampel dan menganalisis sampel bagi aktiviti risk assessment termasuk exposure study
  6. Bekerjasama dengan Pusat Kesihatan UCS, Hospital, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) sekiranya berlaku kes keracunan makanan.
  7. Mengumpul dan memproses maklumat/ data berkaitan kualiti makanan bagi tujuan penyediaan laporan penyediaan maklumat teknikal/ laporan/ data aktiviti pemantauan dan penyelidikan.
  8. Menyediakan laporan mingguan, bulanan, suku tahun, setengah tahun , tahunan dan juga laporan-laporan yang berkaitan.
  9. Menyediakan  dan menyelenggara data asas, graf, garis panduan dan fail-fail yang berkaitan.
  10. Menjalankan operasi penutupan premis-premis makanan tak suci.
  11. Menjalankan Operasi Dan Sita Makanan di pemeriksaan premis-premis makanan yang beroperasi di dalam UiTM Cawangan Selangor dan Shah Alam.
  12. Menyediakan kertas – kertas siasatan bagi kes-kes yang melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan makanan 1983 bagi tujuan pendakwaan.
  13. Memberi sokongan dan input teknikal bagi aktiviti penguatkuasaan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985,
  14. Melaksanakan program latihan berkaitan higiene makanan.
  15. Mempromosikan pengendalian dan penyediaan makanan bersih, selamat dan berkualiti.
  16. Membantu dalam mengeluarkan bahan-bahan pendidikan kesihatan mengenai aspek kebersihan dan keselamatan makanan untuk kegunaan pelanggan dalaman dan luaran.
  17. Melaksanakan penyiasatan aduan pelanggan berkaitan higiene makanan dan lain – lain aduan.
  18. Melaksanakan pengauditan Kesihatan Pekerjaan dan Persekitaran berdasarkan akta dan peraturan yang dikuatkuasakan.