Unit Kesihatan Pekerjaan 

 

1.0 Pengenalan dan Justifikasi Penubuhan Unit.

Unit Kesihatan Pekerjaan adalah sebuah unit yang berfungsi menjalankan pelbagai aktiviti servis pencegahan kesihatan. Ia berfungsi menjalankan aktiviti tersebut bagi kesemua 7 kampus di UiTM Shah Alam dan Selangor. 

Fungsi unit ini adalah amat diperlukan bagi memenuhi keperluan Occupational Safety and Health Act 1994, Factories and Machinery Act 1974, Prevention and Control of Infectious Disease Acts 1988 (Act 342)(2) dan beberapa akta lain yang berkaitan. 

Unit ini juga akan menjalankan servis klinikal. Kedua-dua klinik ini akan menumpang di Pusat Kesihatan UiTM dan di Pusat Pakar UiTM. Namun, ia memerlukan anggota kesihatan tersendiri memandangkan ia melibatkan juga aktiviti surveilan dan pengumpulan data. Di samping itu ia melibatkan pemeriksaan tempat kerja secara berkala setelah rawatan klinikal dijalankan. Staf sediaada di Pusat Kesihatan UiTM dan Pusat Pakar tidak mempunyai servis ini. Keperluan ini adalah berdasarkan akta OSHA 1994 dan juga keperluan pengumpulan data dan saringan bagi memastikan kesihatan staf di tahap optimum. Ia juga bagi memenuhi keperluan ISO 45001: 2018.

 

2.0 Fungsi dan Aktiviti Unit:

2.1 Aktiviti Saringan Perubatan Anggota Staf yang Berisiko Tinggi (Pre-employment, periodic, preplacement)

Pemeriksaan dilakukan kepada staf- staf yang berisiko tinggi di UiTM Shah Alam dan Cawangan Selangor. Antara staf berisiko tinggi termasuk: anggota kesihatan, anggota  makmal, anggota polis bantuan, anggota pemandu. Ini kerana mengikut akta USECHH 2000, Akta Kesihatan Pekerjaan 1994 dan FMA 1974.

Program ini meliputi soal selidik kesihatan anggota, pemeriksaan fizikal, pemeriksaan darah, ujian fungsi paru-paru, ujian pendengaran dan pendidikan kesihatan berkaitan kesihatan dan keselamtan pekerjaan. Pemeriksan darah yang dijalankan ialah paras hemoglobin, parameter untuk fungsi ginjal, parameter untuk hepatar, hepatitis B, C dan HIV.  Ini bergantung kepada risiko-risiko di dalam kampus, atau berikutan sesuatu wabak yang berlaku.

2.2 Klinik Kesihatan Pekerjaan

Operasi Klinik: 2 kali seminggu di lokasi: UiTM Puncak Alam dan UiTM Sungai Buloh

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Klinik Kesihatan Pekerjaan meliputi rawatan penyakit pekerjaan yang dirujuk dari Pusat Kesihatan UiTM, Pusat Pakar Perubatan UiTM, dan daripada Audit unit- unit lain di dalam COSHaW. I melibatkan pemeriksaan staf-staf yang terdiri daripada staf bersiko tinggi, staf yang perlukan rujukan pakar kesihatan pekerjaan dari sekitar kampus UTM.

  • Menyiasat dan menyelesaikan kes-kes penyakit pekerjaan di kalangan staf datang ke klinik Occupational Medicine.
  • Menjalankan notifikasi, mengumpul, menganalisa data surveilen berkenaan kemalangan pekerjaan/ penyakit kesihatan pekerjaan di Pusat Perubatan Pakar Perubatan dan Pergigian. e.g. Needle stick injury.
  • Merangka dan mengaplikasikan garis panduan untuk rujukan bagi kes-kes kesihatan pekerjaan di tempat kerja. (e.g. garispanduan notifikasi, garispanduan bila berlaku kemalangan merkuri, medical surveilan)
  • Membuat saringan terhadap pekerja-perkeja e.g. saringan Hep B, pekerja umur > 40 tahun, saringan TB.

 

2.3 Aktiviti Survelan Kecederaaan Oleh Alatan Tajam, Penyakit Berjangkit dan Pendedahan Kepada Hazad dan  Kecederaan Berkaitan Tempat Kerja yang Perlu Rujukan Klinik Kesihatan  di Kalangan Staf di UiTM Selangor

Negeri Selangor mempunyai 5  buah pusat kesihatan dan 3  klinik pakar (Selayang, pejabat kesihatan yang memantau aktiviti anggota   di kampus UiTM Selangor. Terdapat lebih dari 1,000 anggota kesihatan yang bertugas di fasiliti kesihatan di negeri ini. Anggota yang berisiko dalam kejadian ini adalah terdiri daripada anggota kesihatan, pelajar yang sedang menjalani latihan di fasiliti kesihatan dan petugas perkhidmatan sokongan.

Ia juga melibatkan semua kes yang telah dinotifikasikan dan perlu rawatan susulan.


2.4 Klinik Berhenti Merokok dan Promosi Pencegahan Anti Rokok.

Operasi Klinik: sekali seminggu di UiTM Puncak AlamAktiviti selain klinik termasuk juga aktiviti pencegahan rokok, vaping, dan juga aktiviti pemantauan.

3.0 Akta-akta yang digunapakai

 

  1. OSHA 1994 (Occupational Safety and Health Act 1994)

USECCH Regulations 2000. Penggunaan bahan kimia.

NADOPOD 2004

  1. Factory and Machinery Act 1967
  2. Food Act 1983
  3. The Control of Tobacco Product Regulations 2004

Setiap akta tersebut melibatkan panelti sekiranya tidak dipatuhi, sehingga RM50,000.00 bagi setiap kesalahan, jika sabit kesalahan.

 

4.0 Aktiviti Harian, Mingguan and Tahunan Unit

No

Harian

Bulanan

Tahunan

1

Klinik Kesihatan Pekerjaan

(Setiap Rabu dan Khamis)

 

Pemantauan Tempat Kerja Setiap kes penyakit pekerjaan-lawatan tapak bagi pencegahan

Bengkel Perunding cara perokok- 2 kali setahun

(Feb 2020, Sept 2020, Feb 2021, Sept 2021)

2

Klinik Berhenti Merokok (Setiap Isnin)

Pemantauan tempat kerja berkaitan rokok

Bengkel Kesedaran rokok- 2 kali setahun

(Mac 2020, Julai 2020, Mac 2021, Julai 2021)

3

Aktiviti Saringan Kesihatan bagi kes berisiko tinggo

-          Periodic examination

-          Pre-placement examination

 

(Seminggu sekali- Setiap Selasa)

Analisa berkaitan penyakit pekerjaan, screening dan aktiviti-aktiviti pencegahan setelah analisa penyakit

Bengkel Pencegahan Penyakit Pekerjaan dan Kawalan Penyakit di Tempat Kerja (setahun sekali)

(April 2020, April 2021)

 

5. Organisasi Unit

 

 

6. Fungsi dan Bidang Tugas

6.1 Ketua Unit Kesihatan Pekerjaan

6.1.1     Merancang dan menyelaras aktiviti saringan kesihatan (preplacement, periodic examination)

6.1.2     Merancang dan menjalankan aktiviti program kesihatan dan keselamatan di tempat kerja

6.1.3     Merancang dan melaksanakan program pencegahan penyakit pekerjaan seperti berhenti merokok, aktivit fizikal, makanan sihat dan lain-lain program

6.1.4     Menyelaras segala kes kesihatan yang berlaku di tempat kerja

6.1.5     Merancang dan melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan persekitaran di tempat kerja untuk mengenalpasti hazad dan barang berbahaya yang berpotensi

6.1.6     Melakukan rawatan kecederaaan dan penyakit untuk pekerja, termasuk kes susulan dan rujukan

6.1.7     Merancang bengkel dan menjalankan bengkel latihan perundingcara kaunseling kepada pekerja terhadap isu-isu kesihatan fizikal dan mental serta memberi panduan untuk

            program ‘support group’ di kampus dan/atau program ‘bantu-pekerja’

6.1.8     Merancang dan menyelaras pemantauan tahap kesihatan pekerja

6.1.9     Menjalankan penyelidikan untuk mengenalpasti kesan hazad di tempat kerja termasuk kesan pendedahan, aktiviti pengumpulan data dan reporting

6.1.10    Merancang dan melakukan aktiviti promosi kesihatan bagi penyakit tidak berjangkit

6.1.11    Merancang dan membuat garispanduan kampus berkenaan penyakit kesihatan pekerjaan (e.g. garispanduan penyakit tidak berjangkit di kalangan staf, garispanduan saringan staf

             berisiko tinggi UCS dan Shah Alam, garispanduan pesakit asma kronik staf dan pelajar di kampus)

 

6.2 Jururawat U29 Unit Kesihatan Pekerjaan 

6.2.1     Menjalankan aktiviti saringan kesihatan (preplacement, periodic examination)

6.2.2     Melaksanakan aktiviti program kesihatan dan keselamatan di tempat kerja

6.2.3     Melaksanakan program pencegahan penyakit pekerjaan seperti berhenti merokok, aktivit fizikal, makanan sihat dan lain-lain program

6.2.4     Merekodkan segala kes kesihatan yang berlaku di tempat kerja

6.2.5     Melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan persekitaran di tempat kerja untuk mengenalpasti hazad dan barang berbahaya yang berpotensi

6.2.6     Terlibat dalam rawatan kecederaaan dan penyakit untuk pekerja, termasuk kes susulan dan rujukan

6.2.7     Bertindak sebagai petugas sekretariat untuk segala perkhidmatan kesihatan berkaitan termasuk rehabilitasi/pemulihan dan kes ketidakupayaan

6.2.8     Perundingcara kaunseling kepada pekerja terhadap isu-isu kesihatan fizikal dan mental serta memberi panduan untuk program ‘support group’

            di kampus dan/atau program ‘bantu-pekerja’

6.2.9     Menjalankan pemantauan tahap kesihatan pekerja

6.2.10    Menjalankan penyelidikan untuk mengenalpasti kesan hazad di tempat kerja termasuk kesan pendedahan, aktiviti pengumpulan data dan reporting

6.2.11    Membantu pegawai perubatan di dalam lawatan tapak bagi kes-kes kesihatan pekerjaan di klinik

6.2.12    Melakukan aktiviti promosi kesihatan bagi penyakit tidak berjangkit

6.2.13    Membantu unit membuat garispanduan kampus berkenaan penyakit kesihatan pekerjaan (e.g. garispanduan penyakit tidak berjangkit di kalangan staf,

             garispanduan saringan staf berisiko tinggi UCS dan Shah Alam, garispanduan pesakit asma kronik staf dan pelajar di kampus) 

 

6.3 Penolong Pegawai Perubatan U29 Unit Kesihatan Persekitaran 

6.3.1   Menjalankan aktiviti saringan kesihatan (preplacement, periodic examination)

6.3.2   Melaksanakan aktiviti program kesihatan dan keselamatan di tempat kerja

6.3.3   Melaksanakan program pencegahan penyakit pekerjaan seperti berhenti merokok, aktivit fizikal, makanan sihat dan lain-lain program

6.3.4   Merekodkan segala kes kesihatan yang berlaku di tempat kerja

6.3.5   Melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan persekitaran di tempat kerja untuk mengenalpasti hazad dan barang berbahaya yang berpotensi

6.3.6   Merawat kecederaaan dan penyakit untuk pekerja, termasuk kes susulan dan rujukan

6.3.8   Perundingcara kaunseling kepada pekerja terhadap isu-isu kesihatan fizikal dan mental serta memberi panduan untuk program ‘support group’

          di kampus dan/atau program ‘bantu-pekerja’

6.3.9   Menjalankan pemantauan tahap kesihatan pekerja

6.3.10 Menjalankan penyelidikan untuk mengenalpasti kesan hazad di tempat kerja termasuk kesan pendedahan, aktiviti pengumpulan data dan reporting

6.3.11 Membantu pegawai perubatan di dalam lawatan tapak bagi kes-kes kesihatan pekerjaan di klinik

6.3.12 Melakukan aktiviti promosi kesihatan bagi penyakit tidak berjangkit

6.3.13 Membantu unit membuat garispanduan kampus berkenaan penyakit kesihatan pekerjaan (e.g. garispanduan penyakit tidak berjangkit di kalangan staf, garispanduan saringan staf

           berisiko tinggi UCS dan Shah Alam, garispanduan pesakit asma kronik staf dan pelajar di kampus) 

 

7.0 Program Khas- Saringan Staf Berisiko Tinggi

(Sila Lihat Lampiran Program Healthy Worker Healthy Workplace)