UNIT KESIHATAN PERSEKITARAN DAN EPIDEMIOLOGI (KPE)

PUSAT KESELAMATAN PEKERJAAN, KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

(Centre for Occupational Safety, Health and Wellbeing - COSHaW)

UiTM Cawangan Selangor

 

1)         PENGENALAN DAN JUSTIFIKASI PENUBUHAN UNIT

Unit Kesihatan Persekitaran dan Epidemiologi merupakan sebuah unit yang diwujudkan dalam Pusat Keselamatan Pekerjaan, Kesihatan dan Kesejahteraan (Centre for Occupational Safety, Health and Wellbeing - COSHaW), UiTM Cawangan Selangor (UCS). Ianya merupakan sebuah unit yang berfungsi menjalankan pelbagai aktiviti perkhidmatan kesihatan persekitaran dan pemantauan epidemiologi kes wabak penyakit bagi memastikan keselamatan dan kesihatan warga kampus (staf dan pelajar) serta pelawat sentiasa berada di tahap yang optimum. Unit ini berfungsi menjalankan aktiviti tersebut bagi kesemua tujuh kampus UiTM seluruh negeri Selangor iaitu UiTM Shah Alam, UiTM Sungai Buloh, UiTM Selayang, UiTM Puncak Alam, UiTM Puncak Perdana, UiTM Dengkil dan UiTM Teluk Intan.

Fungsi utama Unit Kesihatan Persekitaran dan Epidemiologi adalah merancang, mengurus, melaksana, menyelaras, memantau dan menilai program kesihatan persekitaran dan epidemiologi bagi COSHaW, UCS. Selain itu, unit ini juga bertanggungjawab menyelaraskan dan menyediakan latihan, bengkel, kursus, khidmat rundingan dan penyelidikan tentang kesihatan persekitaran dan epidemiologi penyakit kepada semua staf dan pelajar di UCS. Semua bentuk perkhidmatan yang disediakan ini akan memberikan sokongan kepada fungsi utama COSHaW dalam memastikan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan warga UCS berada dalam keadaan yang terbaik. Fungsi unit ini adalah amat diperlukan bagi memenuhi keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan beberapa akta lain yang berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan pekerjaan di Malaysia.

Unit ini juga akan menjalankan kerjasama dengan Pusat Kesihatan UCS, hospital yang berkaitan, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) (Gombak, Petaling, Kuala Selangor, Sepang dan Teluk Intan) dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS). Semua jabatan tersebut akan turut membantu unit ini dalam melaksanakan kursus kesedaran dan latihan berterusan, menerima notifikasi kes-kes penyakit berjangkit selain melakukan aktiviti pemantauan dan kawalan sekiranya perlu. Namun, unit KPE ini memerlukan anggota kesihatan tersendiri memandangkan ia melibatkan juga aktiviti survelan serta pengumpulan data di lapangan dan pusat kesihatan.

Selain itu, ia juga melibatkan pemeriksaan kesihatan persekitaran seperti Aedes survey secara berkala di lapangan. Sehingga ke hari ini masih tiada staf sedia ada di UiTM yang menjalankan perkhidmatan ini. Keperluan ini adalah berdasarkan Akta OSHA 1994 dan juga keperluan pengumpulan data dan saringan bagi memastikan kesihatan dan keselamatan staf dan pelajar sentiasa berada di tahap yang optimum. Ianya juga bagi memenuhi keperluan ISO 45001: 2018.

 

2)         OBJEKTIF

Mengenalpasti, menyelaras dan menyediakan keperluan kursus dan latihan kepada semua warga UCS dengan tujuan dapat melahirkan individu yang berpengetahuan, cekap dan terlatih bagi melaksanakan tanggungjawab dan program organisasi pada tahap profesionalisme yang tinggi.

 

3)         PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Fungsi utama unit ini adalah untuk merancang, mengurus, melaksana, menyelaras dan menilai program kesihatan persekitaran dan epidemiologi di kesemua tujuh kampus UiTM cawangan Selangor. Sejajar dengan itu, perkhidmatan yang dipertanggungjawabkan adalah seperti berikut:

  • Perancangan, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian program Keselamatan Pekerjaan, Kesihatan dan Kesejahteraan (KPKK) – pertandingan, kempen, inovasi, ceramah, bengkel, latihan, simulasi dan penyelidikan.
  • Menyebarkan maklumat tentang kes wabak penyakit yang berlaku kepada semua warga kampus melalui laman web rasmi COSHaW.
  • Melaksanakan kempen-kempen yang berkaitan dengan kesihatan persekitaran dan penyakit berjangkit – kempen kesedaran kesihatan persekitaran, kempen kawalan dan pencegahan penyakit berjangkit.
  • Penyelarasan dan pengurusan program promosi/pendidikan kesihatan persekitaran melalui media massa.
  • Pembentukan program latihan dalam bidang kesihatan persekitaran.
  • Penyelidikan dalam bidang kesihatan persekitaran – perkongsian maklumat, langkah-langkah pencegahan dan kawalan penyakit.
  • Khidmat rundingan dalam bidang kesihatan persekitaran.

4)         FUNGSI DAN AKTIVITI UNIT

 

4.1 Aktiviti Saringan Perubatan Anggota Staf dan Pelajar

Pemeriksaan dilakukan kepada semua staf dan pelajar yang berisiko menghidap penyakit berjangkit di UiTM Shah Alam dan Cawangan Selangor mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA) dan Notification of Accident, Dangerous, Occurance, Occupational Poisoning and Occupational Disease Regulations 2004 (NADOPOD 2004).

Program ini meliputi soal selidik kesihatan anggota, pemeriksaan fizikal, pengambilan sampel penyakit berjangkit dan hubungan antara kontak-pesakit. Pengambilan sampel yang dijalankan ialah melibatkan kes-kes penyakit berjangkit seperti tuberkulosis dan keracunan makanan. Ini bergantung kepada risiko-risiko di dalam kampus, atau berikutan sesuatu wabak yang berlaku.

4.2 Aktiviti Pemantauan dan Survelan Kesihatan Persekitaran

Program ini meliputi soal selidik staf dan pelajar serta pemeriksaan terhadap kesihatan persekitaran. Pemantauan yang dijalankan melibatkan kes-kes penyakit bawaan vektor seperti demam denggi. Ianya dijalankan bagi mengenalpasti tempat-tempat yang berpotensi tinggi untuk menyebabkan pembiakan larva nyamuk di dalam kampus, atau berikutan sesuatu wabak demam denggi yang berlaku. Selain itu, ianya juga melibatkan semua kes yang telah dinotifikasikan dan memerlukan rawatan susulan.

 

4.3 Aktiviti Penyelarasan dan Penyiasatan Kes Wabak Penyakit Berjangkit

Program ini meliputi segala aspek penyelarasan untuk segala aktiviti berkaitan penyiasatan dan pemulihan kes wabak penyakit berjangkit yang berlaku di mana-mana kampus di UiTM Cawangan Selangor berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dari kalangan pelajar, staf mahupun persekitaran di bawah kelolaan UiTM Cawangan Selangor.

  

5)         AKTA-AKTA YANG DIGUNAPAKAI

  1. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA)
  2. Notification of Accident, Dangerous, Occurance, Occupational Poisoning and Occupational Disease Regulations 2004 (NADOPOD 2004)
  3.  Akta Makanan 1983
  4. Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975
  5. Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988

 

Setiap akta tersebut akan melibatkan penalti yang berkenaan sekiranya tidak dipatuhi oleh pihak majikan.

 

6)         AKTIVITI UNIT – HARIAN, MINGGUAN DAN TAHUNAN

No.

Harian

Bulanan

Tahunan

1.

Pemeriksaan tempat-tempat pembiakan Aedes di setiap kampus UCS (PPKP).

Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975

(Satu kampus/minggu)

Pemantauan kawasan persekitaran dan lawatan tapak bagi setiap kes penyakit berjangkit – (bangunan pejabat, akademik, taska)

Program COMBI UCS

(bulan Jun 2020)

2.

Penyiasatan pesakit dan kontak kes penyakit (berjangkit, bawaan vektor, udara dan air) (PPKP)

Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988

(Sekiranya berlakunya wabak)

Pemantauan tempat kerja dan lapangan yang berkaitan kesihatan persekitaran

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA)

 

Hari Kesihatan Persekitaran (Peringkat UCS)

(bulan September 2020)

3.

Aktiviti saringan kesihatan bagi kes penyakit berjangkit (Jururawat)

-       Periodic examination

-       Pre-placement examination

 

(Sekiranya berlakunya wabak)

Analisa berkaitan penyakit berjangkit, screening dan aktiviti-aktiviti pencegahan dan kawalan (program COMBI)

Bengkel Kesedaran dan Simulasi Penyiasatan Kes Penyakit Berjangkit, Bawaan Udara dan Vektor – sekali/tahun

(bulan Disember 2020)

 

4.

Melaksanakan aktiviti promosi dan pendidikan kesihatan kepada warga UCS (PPKP dan Jururawat)

Menyediakan reten bulanan dan laporan (PPKP dan Jururawat)

 

5.

Menjalankan pemantauan tahap kesihatan staf dan pelajar (PPKP dan Jururawat)

 

 

6.

Merekodkan insiden dan prevalen kes-kes penyakit berjangkit di tempat kerja

(PPKP dan Jururawat)

 

 

7.

Menyediakan reten harian dan laporan (PPKP dan Jururawat)

 

 

 

7)         CARTA FUNGSI

 

  

8)         KPI

  1. Pemeriksaan tempat pembiakan Aedes di setiap kampus UCS – 1 kali/minggu
  2. Melaksanakan aktiviti promosi dan pendidikan kesihatan – 2 kali/tahun
  3. Perundingcara kaunseling / latihan – 1 kali/tahun
  • Latihan kepakaran
  • Latihan wargaUCS

 

 

9)         FUNGSI DAN BIDANG TUGAS

 

Koordinator Unit (Gred DM45)

  1. Merancang dan menyelaras aktiviti saringan kesihatan sekiranya berlaku wabak penyakit (preplacement, periodic examination).
  2. Menyelaras dan merancang aktiviti promosi/pendidikan kesihatan persekitaran dan penyakit berjangkit di tempat kerja bagi kesemua kampus UCS.
  3. Merancang dan melaksanakan program pencegahan dan kawalan penyakit-penyakit seperti demam denggi, tuberkulosis, konjunktivitis, chickenpox dan HFMD di semua kampus UCS.
  4. Menyelaras dan menguruskan kawalan penyakit berjangkit seperti penyakit bawaan vektor, makanan, dan udara yang berlaku di tempat kerja bagi semua kampus UCS.
  5. Merancang dan menjalankan siasatan dan survelan kes penyakit berjangkit di dalam kampus untuk mengenalpasti kesan hazad yang berisiko menyebabkan penyakit berjangkit di tempat kerja.
  6. Menjalinkan kerjasama dengan Pusat Kesihatan UCS, hospital yang berkaitan, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) (Gombak, Kuala Selangor dan Petaling) dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) sekiranya berlaku kes-kes wabak penyakit.
  7. Menyelaras dan merancang bengkel/latihan/simulasi perundingcara kaunseling kepada staf dan pelajar terhadap isu-isu kesihatan persekitaran serta melakukan pemantauan terhadap program support group di kampus dan/atau program bantu-pekerja yang telah dijalankan.
  8. Merancang dan menyelaras pemantauan tahap kesihatan persekitaran.
  9. Memohon geran untuk menjalankan penyelidikan bagi mengenalpasti kesan hazad yang berisiko menyebabkan penyakit di tempat kerja.
  10. Merancang dan menyediakan garis panduan kampus berkenaan penyakit kesihatan persekitaran (garis panduan penyakit berjangkit dikalangan staf, garis panduan saringan staf yang mempunyai kontak dengan pesakit, garis panduan siasatan kes penyakit terhadap staf dan pelajar di kampus).
  11. Menyelaraskan pengauditan kesihatan persekitaran berdasarkan akta dan peraturan yang dikuatkuasakan di Malaysia.
  12. Mengetuai penyiasatan aduan staf dan pelajar yang berkaitan dengan kes-kes penyakit berjangkit dan lain-lain aduan berkaitan kesihatan persekitaran.
  13. Menyediakan laporan insiden dan prevalen kes penyakit berjangkit.

 

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (Gred U29)

  1. Menjalankan siasatan aduan dan survelan persekitaran di tempat kerja dengan kerjasama staf dan pelajar untuk mengenalpasti tempat-tempat yang berpotensi untuk menyebabkan penyakit (Aedes survey dan program COMBI).
  2. Menjalinkan kerjasama dengan Pusat Kesihatan UCS, hospital yang berkaitan, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) (Gombak, Kuala Selangor dan Petaling) dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) sekiranya berlaku kes-kes wabak penyakit seperti demam denggi, tuberkulosis dan keracunan makanan. Ini termasuk siasatan kes dan tindakan susulan.
  3. Melaksanakan aktiviti promosi/pendidikan/latihan bagi kawalan dan pencegahan bagi penyakit-penyakit seperti demam denggi, tuberkulosis, konjunktivitis, chickenpox dan HFMD di semua kampus UCS.
  4. Melaksanakan aktiviti promosi/pendidikan kesihatan persekitaran dan penyakit berjangkit di tempat kerja bagi kesemua kampus UCS.
  5. Menyelaraskan pengauditan kesihatan persekitaran berdasarkan akta dan peraturan yang dikuatkuasakan di Malaysia.
  6. Melaksanakan kawalan penyakit seperti penyakit bawaan vektor, makanan, dan udara yang berlaku di tempat kerja bagi semua kampus UCS.
  7. Merekodkan insiden dan prevalen kes-kes penyakit berjangkit di tempat kerja.
  8. Membantu menyediakan laporan insiden dan prevalen kes-kes penyakit berjangkit di tempat kerja.
  9. Mendapatkan sampel-sampel penyakit daripada pesakit, termasuk kes susulan dan rujukan.
  10. Perundingcara kaunseling kepada staf dan pelajar terhadap isu-isu kesihatan persekitaran serta melakukan pemantauan terhadap program support group di kampus dan/atau program bantu-pekerja yang telah dijalankan.
  11. Menjalankan penyelidikan bagi mengenalpasti kesan hazad yang berisiko menyebabkan penyakit di tempat kerja.
  12. Membantu koordinator unit di dalam lawatan tapak bagi kes-kes kesihatan persekitaran.
  13. Membantu unit membuat garis panduan kampus berkenaan penyakit kesihatan persekitaran (garis panduan penyakit berjangkit dikalangan staf, garis panduan saringan staf yang mempunyai kontak dengan pesakit, garis panduan siasatan kes penyakit terhadap staf dan pelajar di kampus).
  14. Melaksanakan pengauditan kesihatan persekitaran berdasarkan akta dan peraturan yang dikuatkuasakan di Malaysia.

 

Jururawat (Gred U29)

    1. Menjalankan aktiviti saringan kesihatan (preplacement, periodic examination).
    2. Menjalankan siasatan dan survelan kes penyakit berjangkit di dalam kampus untuk mengenalpasti kesan hazad yang berisiko menyebabkan penyakit berjangkit di tempat kerja.
    3. Memberikan rawatan kecederaan kepada staf dan pelajar, termasuk kes susulan dan rujukan.
    4. Menjalankan tugas sebagai petugas sekretariat untuk segala perkhidmatan kesihatan berkaitan termasuk rehabilitasi/pemulihan dan kes ketidakupayaan.
    5. Menjalankan pemantauan tahap kesihatan staf dan pelajar.
    6. Perundingcara kaunseling kepada staf dan pelajar terhadap isu-isu penyakit berjangkit serta melakukan pemantauan terhadap program support group di kampus dan/atau program bantu-pekerja yang telah dijalankan.
    7. Menyediakan bahan-bahan promosi/pendidikan penyakit berjangkit.
    8. Melaksanakan aktiviti promosi/pendidikan/latihan bagi kawalan dan pencegahan bagi penyakit-penyakit seperti demam denggi, tuberkulosis, konjunktivitis, chickenpox dan HFMD di semua kampus UCS.
    9. Melaksanakan aktiviti promosi/pendidikan kesihatan yang berkaitan Kesihatan Perawatan, Kesihatan Keluarga dan keselamatan staf dan pelajar di tempat kerja.
    10. Merekodkan insiden dan prevalen kes-kes penyakit berjangkit di tempat kerja.
    11. Menyiasat dan menyelesaikan kes penyakit berjangkit/disease outbreak yang berlaku dikalangan staf dan pelajar di semua kampus UCS.
    12. Membantu menyediakan laporan insiden dan prevalen kes-kes penyakit berjangkit di tempat kerja.
    13. Menyimpan rekod-rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga staf di semua kampus UCS.
    14. Menjalankan penyelidikan bagi mengenalpasti kesan hazad yang berisiko menyebabkan penyakit di tempat kerja.
    15. Membantu koordinator unit di dalam lawatan tapak bagi kes-kes penyakit berjangkit.
    16. Membantu unit membuat garis panduan kampus berkenaan penyakit kesihatan persekitaran (garis panduan penyakit berjangkit dikalangan staf, garis panduan saringan staf yang mempunyai kontak dengan pesakit, garis panduan siasatan kes penyakit terhadap staf dan pelajar di kampus).