Unit Hazad Kimia dan Biologi

 

1. Pengenalan: 

Unit Hazad Kimia dan Biologi adalah sebuah unit di dalam Pusat Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Kesejanteraan (COSHaW), yang diletakkan di bawah Sektor Kesihatan, COSHaW. Sektor ini berfungsi untuk mengawal segala aspek berkaitan undang-undang OSHA 1994, (USECHH Regulasi 2000) dan aspek pencegahan penyakit berjangkit. Anggota staf atau pelajar yang terlibat adalah staf makmal, staf kesihatan, dan staf-staf teknikal yang menggunakan bahan kimia, atau yang bekerja di hospital/ klinik. Terdapat lebih 150 makmal di UiTM Selangor yang perlu kawalan dan pengawasan daripada segi keselamatan dan kesihatan pekerjaan

 

2. Akta yang terlibat: 

   2.1     USECHH Regulation, OSHA 1994- Penggunaan bahan Kimia merbahaya dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi

   2.2     NADOPOD 2004- pelaporan kes kemalangan/ kecederaan Di tempat Kerja.

   2.3     Disease Bearing Insect Acts (Act No 194)- Melibatkan pelaporan penyakit berjangkit disebabkan hazad kimia, dan juga pengawalan.

 

3. Objektif dan Aktiviti Unit: 

   3.1     Pemeriksaan tempat kerja bagi memastikan pematuhan aspek keselamatan penggunaan bahan kimia dan biologi di tempat kerja.

   3.2     Pembangunkan peraturan dan garispanduan berkaitan aspek keselamatan hazad kimia dan biologi.

   3.3     Penyediaan Pelan Tindakan Kecemasan Kimia, Biologi dan menjalankan aspek pencegahan.

   3.4     Penyiasatan ke atas kes- kes kecederaan kimia dan biologi.

   3.5     Melaksanakan Latihan berkaitan aspek kimia dan hazad biologi kepada staf dan pelajar.

   3.6     Pemeriksaan tempat kerja bagi memastikan pematuhan aspek keselamatan kimia dan biologi di tempat kerja

   3.7     Merancang dan melakukan penyiasatan kemalangan aspek keselamatan biologi, contohnya

   3.8     Menyediakan latihan berkaitan keselamatan biologi

   3.9     Pemantauan pelupusan sisa biologi di Kampus UCS

   3.10   Penyediaan premis selaras dengan ISO 45001: 2018

 

 4. Carta Organisasi Unit

 

 

 

 

 

5.0 TOR staf yang diperlukan bagi unit. Unit ini memerlukan staf tetap yang merupakan: 

5.1 Koordinator Unit (Penolong Pegawai Sains, S44) Kimia

5.1.1 Merancang dan Menjalankan pemeriksaan tempat kerja bagi memastikan pematuhan aspek keselamatan kimia di tempat kerja.

5.1.2 Membangunkan peraturan dan garis panduan berkaitan keselamatan kimia.

5.1.3 Menyediakan Pelan Tindakan Kecemasan (Kimia).

5.1.4 Menjalankan penyiasatan kemalangan aspek keselamatan kimia.

5.1.5 Menguruskan latihan berkaitan keselamatan kimia.

5.1.6 Merancang dan memastikan operasi pembungkusan dan pelupusan buangan terjadual (sisa kimia) di Kampus UCS berjalan lancar dan mematuhi akta dan peraturan.

5.1.7 Menyelaras urusan kerja kontroktor pembungkusan dan pelupusan buangan terjadual (sisa kimia).

5.1.8 Mengumpul dan mengemaskini rekod pelupusan buangan terjadual (sisa kimia) daripada makmal Biologi

5.1.9  Menjalankan pemeriksaan tempat kerja bagi memastikan pematuhan aspek keselamatan biologi di tempat kerja

5.1.10 Merancang dan menjalankan penyiasatan kemalangan aspek keselamatan biologi

5.1.11 Merancang dan membuat aktiviti promosi berkaitan keselamatan biologi

5.1.12 Membantu pemantauan pelupusan sisa biologi di Kampus UCS

5.1.13 Mengumpul dan mengemaskini rekod pelupusan buangan terjadual (sisa biologi)

 

 

5.2 Jurutera J29

5.2.1 Menjalankan pemeriksaan tempat kerja bagi memastikan pematuhan aspek keselamatan kimia di tempat kerja.

5.2.2 Membantu membangunkan peraturan dan garis panduan berkaitan keselamatan kimia.

5.2.3 Membantu menyediakan Pelan Tindakan Kecemasan (Kimia).

5.2.4 Menjalankan penyiasatan kemalangan aspek keselamatan kimia.

5.2.5 Menjalankan latihan berkaitan keselamatan kimia.

5.2.6 Melakukan audit operasi pembungkusan dan pelupusan buangan terjadual (sisa kimia) di Kampus UCS berjalan lancar dan mematuhi akta dan peraturan.

5.2.7 Melakukan audit terhadap kerja kontroktor pembungkusan dan pelupusan buangan terjadual (sisa kimia).

5.2.8 Membuat dan mengawal rekod pelupusan buangan terjadual (sisa kimia) daripada makmal

 

5.3 Jururawat U29

5.1.9  Menjalankan pemeriksaan tempat kerja bagi memastikan pematuhan aspek keselamatan biologi di tempat kerja

5.1.10 Merancang dan menjalankan penyiasatan kemalangan aspek keselamatan biologi

5.1.11 Merancang dan membuat aktiviti promosi berkaitan keselamatan biologi

5.1.12 Membantu pemantauan pelupusan sisa biologi di Kampus UCS

5.1.13 Mengumpul dan mengemaskini rekod pelupusan buangan terjadual (sisa biologi)

5.1.14 Membuat aktiviti promosi kesihatan dan pencegahan daripada bahaya penggunaan bahan kimia

5.1.15 Melakukan kajian mengenai kes-kes kesihatan dan kecederaan disebabkan oleh penggunaan bahan kimia.

 

 

6.0 Aktiviti Harian, Bulanan dan juga Tahunan 

No

Aktiviti Harian

Mingguan

Tahunan

1.

Melakukan aktiviti pendidikan di kesemua 150 makmal terhadap pelajar dan staf

 

(lawatan 1x seminggu mengikut keperluan)

Menyediakan SOP dan penyelarasan boring

(2 kali seminggu)

Aktiviti latihan dan promosi aspek kimia dan biologi

 

(2 kali setahun)

2

Menerima aduan dan membuat pemeriksaan premis apabila aduan atau kemalangan terjadi

Penyelesaian aduan dan juga penyiasatan kes-kes kemalangan

(2 kali dalam sebulan, laporan bulanan

Membuat laporan tahunan (1 kali setahun)

3

Audit dalaman ISO di kesemua makmal (2 x makmal seminggu), 150 makmal di sekitar UCS

 

Komunikasi dan pengisian maklumat di dalam system perisian

Mengenalpasti makmal-makmal yang perlu pemantauan lebih dan makmal-makmal comntoh