UNIT PROMOSI, PERUNDINGAN DAN LATIHAN

Pusat Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Kesejahteraan (Center for Occupational Safety, Health and Wellbeing - COSHaW) UiTM Cawangan Selangor

 

  1. PENGENALAN

Unit Promosi, Perundingan dan Latihan merupakan salah satu Pusat Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Kesejahteraan (Center for Occupational Safety, Health and Wellbeing - COSHaW) UiTM Cawangan Selangor yang diletakkan terus dibawah Pengarah COSHaW. Unit ini ditugaskan untuk menjalankan aktiviti promosi dan latihan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan warga kampus dan pelawat sentiasa berada di tahap optima.

Selain daripada menerbit dan mengedarkan bahan-bahan promosi Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Kesejahteraan, unit ini juga bertanggungjawab menyelaraskan latihan, khidmat rundingan, penyelidikan, perkongsian jaringan dan media massa.

Fungsi utama Unit Promosi, Perundingan dan Latihan ini adalah untuk merancang, mengurus, melaksana, menyelaras, memantau dan menilai program promosi, perundingan dan latihan Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Kesejahteraan UiTM Cawangan Selangor

Program dan aktiviti promosi, perundingan dan latihan ini juga memberi perkhidmatan sokongan kepada fungsi utama COSHaW iaitu Sektor Keselamatan Pekerjaan dan Sektor Kesihatan Pekerjaan & Persekitaran.

 

  1. OBJEKTIF

Mengenal pasti keperluan promosi, perundingan & latihan dan menyediakan peluang promosi, perundingan & latihan kepada semua warga UCS mempunyai tenaga manusia yang berpengetahuan, cekap dan terlatih untuk melaksanakan fungsi-fungsi dan program organisasi dengan tahap profesionalisma yang tinggi

 

  1. PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Fungsi utama unit ini adalah untuk merancang, mengurus melaksana, menyelaras dan menilai program promosi, perundingan dan latihan (Peraturan 11).  Sejajar dengan itu, perkhidmatan yang dipertanggungjawabkan adalah seperti berikut.

  • Meningkatkan kualiti pengamal KKPK dalam memantapkan perkhidmatan pengamal KKPK kepada pihak industri.
  • Perancangan, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian program Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Kesejahteraan (KKPK) – Pertandingan, Kempen, Inovasi, ceramah, latihan simulasi.
  • Mewujudkan satu sistem penyebaran maklumat dan rujukan warga kampus berkaitan KKPK - website.
  • Pengurusan kempen-kempen KKPK - Minggu keselamatan dan kesihatan perkerjaan, Kempen Budaya Pencegahan.
  • Penerbitan, pinjaman dan pengedaran bahan-bahan promosi KKPK.
  • Penyelarasan dan pengurusan program promosi / pendidikan melalui media massa.
  • Pembentukan program latihan dalam bidang promosi / pendidikan.
  • Penyelidikan dalam bidang promosi dan pendidikan KKPK – perkongsian maklumat, amalan terbaik.
  • Khidmat runding dalam bidang promosi dan pendidikan KKPK

 

  1. CARTA FUNGSI

 

  

  1. FUNGSI DAN BIDANG TUGAS

5.1 Ketua Unit Promosi, Perundingan Dan Latihan

5.1.1Aspek pembangunan dan pelaksanaan program latihan jangka pendek dan jangka panjang/ program pembangunan kapasiti Inovasi. 

a. Membantu mengenal pasti keperluan latihan kumpulan sasaran.

b. Mencari dan membangunkan bahan-bahan sokongan latihan yang sesuai digunakan di dalam program latihan.

c. Menyediakan bahan/modul mengajar, peralatan kuliah, nota dan alat-alat bantuan pengajaran dan pembelajaran.

d. Memberi syarahan/ ceramah/ latihan/ pendidikan kepada peserta kursus.

e. Memberi kuliah dan tutorial kepada pelajar program jangka panjang.

f. Mengenal pasti kaedah dan teknik pengajaran untuk penambahbaikan tugas mengajar.

g. Menyediakan kertas soalan dan memeriksa kertas jawapan.

h. Memberi bimbingan kepada pelajar program jangka panjang dalam program mentor-mentee.

i. Melaksanakan program pusat/cawangan.

j. Melaksanakan program penanda arasan system penilaian di peringkat nasional dan antarabangsa.

k. Membantu kumpulan sasaran mendapatkan persijilan yang telah ditetapkan oleh agensi/ jabatan.

 

 5.1.2 Aspek Penyelidikan 

a. Menjalankan penyelidikan berasaskan keperluan industri.

b. Membentang hasil penyelidikan di dalam seminar, bengkel, kolokium dalam dan luar negara.

c. Membuat penyelidikan ke-atas bahan-bahan baru bagi digunakan di dalam program latihan.

d. Menjalankan kerja-kerja penyelidikan dalam bidang produktiviti dan kualiti yang telah dikenalpasti.

 

5.1.3 Aspek Khidmat Konsultasi 

a. Menyelaras dan membantu menjalankan khidmat konsultasi kepada individu/ usahawan/ bakal usahawan serta mengadakan susulan ke atas usahawan dan bakal usahawan yang telah mendapatkan khidmat nasihat

    keusahawanan.

b. Membuat penilaian aktiviti, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan khidmat nasihat keusahawanan.

c. Menjalankan ceramah-ceramah bagi menyampaikan mesej produktiviti dan kualiti kepada sektor awam dan swasta.

 

5.1.4 Aspek Pembangunan Sistem Inovasi 

a. Menyelaras dan membantu menjalankan Pembangunan Sistem Inovasi serta susulan ke atas organisasi awam dan swasta.

b. Membuat penilaian aktiviti, model, instrumens, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan kualiti dan profesionalisma perkhidmatan Pembangunan Sistem Inovasi.

c. Melaksanakan pemantauan ke atas kemajuan perlaksanaan Program Pembangunan Sistem Inovasi untuk penambahbaikan proses dan sistem yang dibangunkan

 

5.1.5 Aspek Pengurusan 

a. Menyelaras dan mengendalikan program tahunan termasuk Kursus/ Seminar/ Bengkel/ Bicara Eksekutif/ Program Antarabangsa/ MTCP dan lawatan sambil belajar.

b. Menyelaras program latihan jangka panjang

c. Membantu menyelaras perancangan dan pengambilan peserta mengikut sasaran.

d. Mengelola, menyelaras dan memantau perjalanan kursus mengikut perancangan.

e. Membantu menyelaras kewangan bahan latihan di peringkat agensi/ jabatan.

 

5.1.6 Aspek Pembudayaan dan Promosi 

a. Merancang, mengelola, menyelaras dan melaksanakan Program Pembudayaan dan Promosi seperti konvensyen, seminar, bengkel, ceramah dan taklimat.

b. Menyedia risalah program latihan untuk tujuan promosi.

c. Menjalankan kerja-kerja promosi program-program latihan yang ditawarkan.

d. Menjalankan kerja-kerja promosi untuk kepentingan agensi/ jabatan.

 

5.1.7 Aspek Penghasilan Bahan Ilmiah 

a. Menulis bahan ilmiah berkaitan sama ada dalam bentuk kajian kes, artikel, kertas kerja, buku, jurnal atau majalah.

b. Menghasilkan penulisan berdasarkan penyelidikan dalam bentuk laporan dan monograf.

c. Menyelaras dan mengedit bahan penerbitan ilmiah.

d. Menterjemahkan bahan-bahan ilmiah.

e. Menyediakan kertas-kertas cadangan program-program latihan untuk organisasi sektor awam dan swasta.

 

 

5.2 Staf Latihan, Penyelidikan, Khidmat Konsultasi & Inovasi  

5.2.1 Latihan

a. Membantu mengenal pasti keperluan latihan kumpulan sasaran.

b. Membantu menyediakan bahan-bahan sokongan latihan yang sesuai digunakan di dalam program latihan.

c. Membantu menyediakan bahan/modul mengajar, peralatan kuliah, nota dan alat-alat bantuan pengajaran dan pembelajaran.

d. Membantu melaksanakan program pusat/cawangan.

e. Membantu melaksanakan program penanda arasan system penilaian di peringkat nasional dan antarabangsa.

 

5.2.2 Aspek Penyelidikan 

a. Membantu menjalankan penyelidikan.

b. Membantu menjalankan kerja-kerja penyelidikan dalam bidang produktiviti dan kualiti yang telah dikenalpasti. 

 

5.2.3 Aspek Khidmat Konsultasi 

a. Membantu aktiviti khidmat konsultasi kepada individu/ usahawan/ bakal usahawan serta mengadakan susulan ke atas usahawan dan bakal usahawan yang telah mendapatkan khidmat nasihat keusahawanan.

b. Membantu membuat penilaian aktiviti, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan khidmat nasihat keusahawanan.

c. Membantu menjalankan proses penyampaian mesej produktiviti dan kualiti kepada sektor awam dan swasta.

 

5.2.4 Aspek Pembangunan Sistem Inovasi 

a. Membantu aktiviti pembangunan sistem inovasi serta susulan ke atas organisasi awam dan swasta.

b. Membantu penilaian aktiviti, model, instrumens, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan kualiti dan profesionalisma perkhidmatan Pembangunan Sistem Inovasi.

c. Membantu melaksanakan pemantauan ke atas kemajuan perlaksanaan program pembangunan sistem inovasi untuk penambahbaikan proses dan sistem yang dibangunkan.

 

5.3 Staf Pengurusan, Pembudayaan & Promosi

5.3.1 Aspek Pengurusan 

a. Membantu mengendalikan program tahunan termasuk Kursus/ Seminar/ Bengkel/ Bicara Eksekutif/ Program Antarabangsa/ MTCP dan lawatan sambil belajar.

b. Mmembantu program latihan jangka panjang

c. Membantu aktiviti perancangan dan pengambilan peserta mengikut sasaran.

d. Membantu perjalanan kursus mengikut perancangan.

 

5.3.2 Aspek Pembudayaan dan Promosi 

a. Membantu melaksanakan program pembudayaan dan promosi seperti konvensyen, seminar, bengkel, ceramah dan taklimat.

b. Membantu menyedia risalah program latihan untuk tujuan promosi.

c. Membantu menjalankan kerja-kerja promosi program-program latihan yang ditawarkan.

d. Membantu menjalankan kerja-kerja promosi untuk kepentingan agensi/ jabatan. 

 

5.3.3 Aspek Penghasilan Bahan Ilmiah 

a. Membantu penghasilan bahan ilmiah berkaitan sama ada dalam bentuk kajian kes, artikel, kertas kerja, buku, jurnal atau majalah.

b. Membantu proses penulisan berdasarkan penyelidikan dalam bentuk laporan dan monograf.

c. Membantu penerbitan ilmiah.

 

E) Outcome / Petunjuk Prestasi

Bil

Perkara

Petunjuk Prestasi

Catatan

1

Latihan

1 kali setahun

 

2

Penyelidikan / Konsultasi / Inovasi

1 kali setahun

 

3

Promosi

1 kali sebulan

 

4

Pembudayaan

2 kali setahun

 

5

Penerbitan Bahan Ilmiah

1 kali sebulan