LATAR BELAKANG

Unit Kerjaya dan Kaunseling (UKK) UiTM Puncak Alam telah mula beroperasi pada 1 Jun 2009. Lokasinya ialah di Aras 4 Plaza Satelit B bersebelahan Pejabat ACIS.  Semenjak Mei 2017, lokasi UKK telah berpindah ke Aras 4, Pejabat Rektorat, Bangunan FF1. UKK diketuai oleh ketua Unit dan empat orang Pegawai Psikologi Kanan (S44) serta seorang Pembantu Tadbir.

Unit ini bertanggungjawab terus kepada Timbalan Rektor HEP. Bersesuaian dengan namanya, Unit ini berperanan dalam memberikan perkhidmatan Kerjaya dan Kaunseling serta melaksanakan program-program pembangunan bagi mewujudkan lulusan yang bersifat holistik serta menepati ciri-ciri model graduan UiTM.

Mulai 1 Februari 2016, Unit Kerjaya dan Kaunseling telah diberi tanggungjawab oleh pihak pengurusan Kampus untuk mengendalikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling staf.

OBJEKTIF UNIT

  • Memperkembangkan perkhidmatan profesional Kerjaya dan Kaunseling untuk kepentingan dan keperluan mahasiswa/i, para graduan UiTM dan para majikan.
  • Mempelbagaikan program pembangunan diri dan kerjaya di kalangan mahasiswa/i menerusi peningkatan dan jalinan program serta aktiviti antara UiTM - Majikan.
  • Membantu pembangunan para graduan dan universiti melalui pelaksanaan kegiatan dan program yang menjana sumber kewangan.
  • Mewujudkan kerjasama dalam penempatan kerjaya graduan melalui jalinan perhubungan dengan majikan dan pihak industri bagi mempromosi graduan UiTM.
  • Menyediakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling kepada staf UiTM.

 

PERANAN DAN FUNGSI UNIT

Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Unit Kerjaya dan Kaunseling adalah:

  • Perkhidmatan Sesi Kaunseling / Bimbingan  Individu.
  • Perkhidmatan Sesi Kaunseling kelompok/ Bimbingan Kelompok.
  • Perkhidmatan Konsultasi.
  • Penggunaan dan Interpretasi  Alat Ujian Psikologi.
  • Program Counseling dan Career Outreach.
  • Penyaluran Maklumat Kerjaya.
  • Program Khidmat Masyarakat.
  • Program-program Pembangunan Diri Kaunseling & Kerjaya.

WAKTU BERURUSAN

Isnin –Khamis

8.00pg – 1.00tgh
2.00ptg -5.00ptg

Jumaat

8.00pg-12.15tgh
2.45ptg-5.00ptg

 

DIREKTORI STAFF

 

KETUA UNIT KERJAYA DAN KAUNSELING

En. Sulaiman Selamat

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Tel : 03-32584084
 

PEGAWAI PSIKOLOGI KANAN

Pn. Mawaddah Fida Farid

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Tel : 03-3258 4085

   

PEGAWAI PSIKOLOGI KANAN

Pn. Azila Bakri

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Tel : 03-3258 4094
   

PEGAWAI PSIKOLOGI KANAN

Cik Nurfatihah Aziz

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Tel: 03-32584074
   

PEGAWAI PSIKOLOGI KANAN

En. Mohd Zulkhairi Ibrahim

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 03-32584081
   

PEMBANTU TADBIR

En. Norhamshah Mohd Hassan

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Tel : 03-3258 4069
Faks : 03-3258 4154