This browser does not support PDFs. Please download the PDF to view it: Download PDF.

This browser does not support PDFs. Please download the PDF to view it: Download PDF.

 

Edisi terkini QS World University Rankings mengikut Subjek 2020 menyenaraikan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP), Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada kedudukan ke-31 dalam kalangan institusi universiti khusus bagi bidang Pengurusan Hospitaliti dan Riadah (Hospitality and Leisure). Berbanding pada tahun 2019, kedudukan FPHP UiTM melonjak hampir melebihi 100 anak tangga, menjadikannya satu-satunya universiti awam Malaysia yang tersenarai dalam kalangan 50 universiti teratas bagi ranking tersebut. Kedudukan ini mengambil kira reputasi akademik FPHP UiTM di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, prestasi pelajar FPHP UiTM pada pandangan majikan, serta kesiapsiagaan para graduan bekerja secara professional selepas bergraduasi.

 

Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP), Universiti Teknologi MARA (UiTM) amat menitikberatkan reputasi kami. Sebagai permulaan, kami merupakan perintis dalam bidang pendidikan hospitaliti dan pelancongan di Malaysia. Sejak daripada itu, selama lebih daripada 50 tahun, FPHP UiTM berjaya menempa nama dengan reputasi yang membanggakan di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa, terutama berkaitan dengan kecemerlangan pengajaran dan penyelidikan. 

Selain menitikberatkan ranking universiti, Fakulti juga mengambil berat tentang pengalaman pembelajaran para pelajar dan dimasa yang sama mementingkan daya saing kakitangan akademik dari segi kecekapan mengajar dan menjalankan penyelidikan. Sebagai sebuah Fakulti yang mendapat akreditasi di peringkat antarabangsa, program ijazah sarjana dan pascasiswazah menawarkan hala tuju yang jelas ke arah kebolehpasaran dalam bidang hospitaliti dan pelancongan dalam dan luar negara Fakulti juga menyediakan program berdaya saing yang menggalakkan kecekapan pemikiran kritis, komunikasi, kecekapan  analitik dan pengurusan. Yang terkini, FPHP adalah merupakan salah satu Fakulti yang terkehadapan di UiTM dalam menjalankan modul Work-based-Learning dimana para pelajar akan menghabiskan lebih masa di industri seterusnya meningkatkan kebolehpasaran dan peluang mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian mereka. 

Demi meletakkan Fakulti ini di peta dunia, pelbagai usaha gigih telah dilakukan dari segi mengatur strategi dan menyusun semula rangka tindakan akademik dan hal ehwal pelajar. Pihak Fakulti berusaha keras untuk mengukuhkan kerjasama bersama pemain industri. Rundingan bersama pihak industri sentiasa menjadi agenda utama fakulti untuk mendapatkan maklumbalas dan penambahbaikan kurikulum bagi memastikan FPHP menghasilkan graduan berorientasikan industri masa kini. Tambahan pula, sesi bertemu industri kerap kali dianjurkan bagi memastikan pelajar cakna dengan perkembangan terkini industri. Usaha meningkatkan mobiliti dalam kalangan pelajar dan kakitangan telah berjaya mewujudkan suasana antarabangsa di fakulti ini disamping bagi memenuhi keperluan bakat yang berupaya dan bersedia menceburi industri. 

Hasilnya, graduan Fakulti mendapat permintaan yang amat tinggi di peringkat tempatan dan juga di Singapura dan Timur Tengah. Rangka perjanjian antarabangsa mengambil kira keterlibatan secara aktif dengan persatuan serantau seperti Persatuan Pendidik Pelancongan Malaysia (TEAM) dan Asia Pacific Institute for Events Management (APIEM) yang berupaya menghubungkan Fakulti ini dengan institusi pendidikan hospitaliti dan pelancongan asing. Hubungan rangkaian rapat kami dengan Tourism Malaysia, PATA Malaysian Chapter dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia membolehkan kami menyelaraskan kurikulum pembelajaran sewajarnya mengikut dasar-dasar industri terkini. Selain itu, FPHP kini sedang giat menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama pemain-pemain industri dan Universiti di Malaysia dan Antarabangsa. Antara yang telah dimeterai adalah bersama Universitas Negeri Padang, Politeknik Bandung, Sekolah Tinggi Parawisata Bandung, dan Restoran Rebung kepunyaan Datuk Chef Ismail Ahmad. Dengan izin Allah, dalam masa terdekat ini MOU bersama Kumpulan Marriot International dan Tourism Malaysia pula. 

FPHP sentiasa berusaha untuk menjadi antara yang terbaik dalam subjek hospitaliti dan riadah. Usaha ini masih berterusan; namun, pelaburannya telah menampakkan hasil, apabila FPHP kini telah tersenarai di kedudukan ke-31 di dunia.

 

The newest edition of the QS World University Rankings by Subject 2020 places the Faculty of Hotel and Tourism Management (FHTM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) in 31st position among the university institutions specialised in the area of Hospitality and Leisure Management. So, compared to last year, FHTM UiTM has climbed almost more than 100 positions and becomes the only public university in Malaysia listed among the top 50 of the ranking. 

The Faculty of Hotel and Tourism Management (FHTM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) take our reputation seriously. For a start, we are the pioneer in hospitality and tourism education in Malaysia. FHTM UiTM has achieved privileged national and international reputation for teaching and research excellence for more than 50 years. This ranking takes into consideration FHTM UiTM national and international academic reputation and how valued FHTM UiTM’s students are for employers and, also, how prepared the graduates are for their future professional life. 

While university rankings are essential and had been one of FHTM UiTM accomplishments, we also care as much about our student learning experience as we do about our academic staff competitiveness in teaching and research competency. As an internationally accredited Faculty, our undergraduate and postgraduate Degrees offer clear routes to career progression in a wide range of hospitality and tourism areas. FHTM prides itself on delivering competitive programmes encouraging critical thinking, communication, analytical and managerial competence.  To add, our internationally well-known academic members have thought leadership, industry experience, and research expertise that ensure our programmes stay at the cutting edge. 

To put FHTM on the world map required tremendous jobs in strategising and realigning the blueprint of academic, student affairs, research, and networks of the faculty. FHTM work hard to strengthen industry collaboration and partnerships with employers and these are important factors in the measure of employability in these rankings. Frequent meet-the-industry sessions such as the 21 hours with the industry, PATA career fair, 'Knock-our-Door' recruitment session were organized to ensure students were equipped with the latest development of the industry. As a result, FHTM graduates were highly demanded locally as well as in Singapore and the Middle East; fulfilling the needs of industry-ready and highly capable talent. 

The formulation of international engagement took into account active participation with the regional association such as Tourism Educators Association of Malaysia (TEAM) and the Asia Pacific Institute for Events Management (APIEM) that able to connect FHTM with other hospitality and tourism educational institutions. Our close networking with Tourism Malaysia, PATA Malaysian Chapter and Ministry of Tourism, Arts and Culture (MoTAC) Malaysia allowed us to learn from the best. The investment in fostering student and staff mobility was able to create an international atmosphere in the faculty. 

FHTM always strive to be among the best in the hospitality and leisure subject. It is still work in progress, but the investment was well paid off by being ranked as the 31st in the world.

 

Program ICT on Creating "Antivirus" For Businesses

 

Klik gambar untuk berita lanjut

 

This browser does not support PDFs. Please download the PDF to view it: Download PDF.


"Marilah kita bersama-sama mengimarahkan majlis ilmu."

Sekian, harap maklum.

#UCSberadab
#UHEIprihatin
#Stayathome