Salam Sejahtera,


Y.Bhg Dato'/Datin/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan yang dihormati,


Adalah ini dimaklumkan bahawa perkhidmatan rawatan di Unit Kesihatan UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam & Kampus Puncak Perdana tidak disediakan pada tarikh 3 - 5 Mei 2017 (Rabu hingga Jumaat) berikutan pegawai dan paramedik bertugas bakal menghadiri satu konferansi perubatan (CME) di ILD, Bandar Enstek, Nilai Negeri Sembilan bagi tujuan keperluan menghadiri konferansi adalah untuk memperbaharui lesen semua petugas.

Walaubagaimanapun, Unit Kesihatan masih beroperasi seperti biasa bagi perkhidmatan dibawah:-

i)   Urusan surat menyurat rasmi
ii)  Urusan tuntutan bil hospital pelajar
iii) Urusan tuntutan klinik panel
iv) Urusan bayaran pemulangan bil rawatan pelajar
vii) Urusan pinjaman peralatan perubatan seperti peti kecemasan dan lain-lain.
v)  Urusan pengeluaran GL untuk pelajar
vi) Urusan perkhidmatan ambulan bagi kes kecemasan.

Bagi mana-mana warga yang ingin mendapatkan rawatan kesihatan bagi kes-kes kecemasan, Unit Kesihatan akan menghantar ke Klinik 1 Malaysia yang berdekatan dan akan dihantar 2 kali sehari iaitu pada pukul 10:00 pagi dan 3.30  petang

Sila berhubung terus dengan kakitangan bertugas sepanjang tempoh tersebut atau menghubungi nombor ditalian 03-32584131.
 
Sekian, harap maklum.