Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
 
PEMAKLUMAN PENTING BAGI PELAJAR LAMA DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA UiTM CAW.SELANGOR KAMPUS PUNCAK ALAM YANG AKAN KEMBALI SEMULA KE KOLEJ (TELAH BERJAYA DAPAT KELULUSAN MENGINAP DI KOLEJ) BAGI  SEMESTER SEPTEMBER 2017
 
Seperti yg saudara/saudari sedia maklum, berdasarkan kalendar akademik UiTM terkini bahawa pendaftaran kolej bagi pelajar lama adalah pada 11 September 2017 bersamaan hari ISNIN.
 
Namun, setelah pihak kolej mengadakan perbincangan bersama dengan pihak pengurusan UiTM Cawangan Selangor dengan mengambil kira jumlah pelajar lama yang akan mendaftar di kolej nanti, pihak kolej dengan kebenaran pengurusan UiTM Cawangan Selangor telah membuat keputusan untuk membuka sesi pendaftaran kolej bagi pelajar lama mulai *6 September 2017 hingga 8 September 2017 dari jam 8.30 pagi hingga jam 5.00 petang sahaja* bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas yang sering menjadi masalah utama semasa kemasukan semula pelajar lama.
 
Walaubagaimanapun, waktu pendaftaran yang dinyatakan seperti yang di atas ini hanya *MELIBATKAN KOLEJ RAFFLESIA, KOLEJ ANGSANA, KOLEJ CASUARINA DAN KOLEJ DAHLIA SAHAJA.*
 
Manakala bagi *KOLEJ ZAMRUD/BAIDURI PENDAFTARAN PELAJAR LAMA ADALAH SEPERTI BIASA IAITU PADA 11 SEPTEMBER 2017* bersamaan hari *ISNIN*. Hal ini adalah kerana kolej Zamrud/Baiduri digunakan untuk tujuan Program Minggu Destini Siswa bagi Pelajar Baru ISM ambilan September 2017.
 
Pihak kami menggalakkan saudara/saudari yg berjaya untuk mendaftar di Kolej Rafflesia, Kolej Angsana, Kolej Casuarina dan Kolej Dahlia mendaftar lebih awal bermula dari 6 Sept hingga 8 Sept 2017 bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sebarang ketidakselesaan yang bakal dihadapi.