# Nama Borang Muat turun
1. Borang Permohonan Pembelian Peralatan (Borang JITEN)

2. Borang Lampiran A - Kemunasabahan Harga

3. Borang Lampiran B - Senarai Semakan Pembelian Terus

4. Lampiran 2A - Pelawaan sebutharga baru

5. Lampiran 2B- Format sebutharga

6. Borang Lampiran 3 - Format Jadual Penilaian Pembelian Terus apply gst

7. Borang Pengesahan Pelepasan GST

8. Borang Analisa Teknikal Lampiran 3C
9. Borang Lampiran 4 (Perolehan Bekalan/Perkhidmatan Pembelian Terus)

10. Lampiran MITI

11. Spesifikasi Alat Pandang Dengar (APD)

NOTA:

  1. Jawatankuasa IT dan Elektronik Negeri (JITEN) bertanggungjawab untuk meluluskan permohonan perolehan ICT merangkumi skop IT, alat pandang dengar, peralatan elektronik pejabat dan makmal, telekomunikasi dan sumber digital yang menggunakan peruntukan kumpulan wang pengurusan dan wang amanah sehingga RM 500 000. Jika nilai perolehan melebihi RM 500 000, sila hantar permohonan kepada Jawatankuasa Pembangunan Projek IT (JPPIT). Manakala perolehan yang menggunakan peruntukan penyelidikan, sila berhubung dengan pihak IRMI untuk tatacara kelulusan permohonan.
  2. Semua permohonan hendaklah dihantar terus ke Pengerusi Jawatankuasa IT dan Elektronik Negeri (JITEN), UiTM Cawangan Selangor (u.p. Setiausaha JITEN, Bahagian Pentadbiran, Pejabat Pengurusan Fasilit dan ICT, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam.)
  3. Pemohon perlu menghantar soft copy permohonan terlebih dahulu kepada Setiausaha ( This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) sebelum salinan asal permohonan dihantar.
  4. Permohonan hendaklah lengkap dengan mempunyai senarai sebutharga, syarikat yang dipilih mesti melebihi 2 @ 3 syarikat mengikut  jenis pembelian, sertakan gambarajah, katalog yang berkaitan, mempunyai profail syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan, merupakan Syarikat Bumiputera dan sekiranya Sole Agent hendaklah mempunyai surat kebenaran, sertakan borang JITEN-1(2017), Lampiran 3C (Borang Analisa Teknikal Tender/Sebut Harga Rasmi), Borang Lampiran 4 (Perolehan Bekalan/Perkhidmatan Pembelian Terus) Borang Lampiran A (MITI), Borang Lampiran 2 (Analisa Sebut Harga Pembelian Terus) yang mana berkenaan.
  5. Justifikasi permohonan hendaklah lengkap untuk tujuan penggunaan dan pembelian dibuat.
  6. Sekiranya permohonan sewaan komputer hendaklah menyatakan senarai nama pengguna, jawatan, lokasi komputer sewaan tersebut akan ditempatkan dan peruntukan mana akan digunakan.
  7. Sekiranya permohonan yang dihantar ke JAWATANKUASA IT DAN ELEKTRONIK NEGERI (JITEN) tidak diwakili, permohonan secara automatiknya tidak akan dibentangkan dalam mesyuarat.
  8. Sebarang kelewatan penerimaan dokumen dari tarikh yang ditetapkan, permohonan tersebut akan dibawa ke Mesyuarat JITEN yang akan datang. Dokumen hendaklah dihantar selewat-lewatnya 4 hari bekerja sebelum mesyuarat diadakan.
  9. Sebarang penundaan tarikh mesyuarat akan dimaklumkan kepada semua pemohon dengan kadar segera.
  10. Sebarang pertanyaan sila hubungi Urusetia JAWATANKUASA IT DAN ELEKTRONIK NEGERI (JITEN), UiTM Selangor, Cawangan Puncak Alam di talian 03-3258 4097/4127/4554/4122 Faks: 03-3258 4277.
  11. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pekeliling ICT Bil.03/2017